Anda di sini

Bentuk skuad bayangan SUKMA 2018

Advertisement

14 atlet petanque dipilih pada Kejohanan Petanque Peringkat Negeri wakili Sarawak

 Atlet petanque Sarawak yang terpilih membentuk skuad bayangan SUKMA 2018 yang akan berlangsung di Perak tahun depan.
SKUAD BAYANGAN: Atlet petanque Sarawak yang terpilih membentuk skuad bayangan SUKMA 2018 yang akan berlangsung di Perak tahun depan.

BINTULU: Seramai 14 atlet petanque dipilih untuk membentuk skuad bayangan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan berlangsung di Perak pada 16 hingga 22 September 2018.

 Atlet terpilih itu menyertai Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Sarawak sempena pemilihan atlet SUKMA Perak 2018 kelmarin hingga semalam anjuran Persatuan Petanque Negeri Sarawak (PEPSAR) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) di Gelanggang Petanque Kelab Kidurong Bintulu (KKB) di sini.

 Atlet tersebut terdiri Dayang Nur Fathmaway Ahmad Tajudin, Sharifah Daniamalyana, Nur Ridhwan Zulkipli, Mohd Hazim Azman, Abdul Halim Nordin, Ahmad Fardillah Brahim, Nuraza Sening, Siti Nur Soleha Osman, Nur Durratul Iffah Yazit, Nur Syahirah Sabri, Nur Durratul Hikmah Yazit, Mohd Azid Azmat, Mohd Farezzuddin Junaidi dan Mohd Zulkarnaian Zaidil.

 Set iausaha Kehormat PEPSAR, Janudin Abdul Rahman berkata sebanyak 10 kontinjen dari seluruh negeri ini dengan setiap bahagian menghantar tujuh atlet lelaki dan tujuh atlet wanita menyertai kejohanan itu.

 “Kami memilih atletatlet terbaik setiap tujuh kategori dipertandingkan merangkumi perseorangan lelaki, wanita, beregu lelaki, wanita, bertiga lelaki dan wanita serta beregu campuran,” katanya ditemui di sini semalam.

 Beliau berkata, atlet-atlet memenangi kejohanan ini dikategori skuad bayangan Sarawak ke SUKMA 2018 dan membuat pemilihan terakhir memastikan semua atlet mewakili Sarawak menyertai ujian pada pertengahan Januari 2018 dan juara ujian itu bertemu dengan atlet Sukan Sarawak (SUKSAR) dan atlet-atlet elit.

 “Semua acara sukan diadakan pada SUKSAR begitu juga dengan sukan petanque,” katanya sambil menambah pada 7 hingga 12 November lalu atlet Sarawak, Ahmad Zaim Zem terpilih pada Kejohanan Petanque Junior Antarabangsa di China dan pada 7 hingga 12 Disember pula dua lagi atlet Sarawak mewakili Malaysia iaitu Mohd Zakir Zul dan Alif Zayd Zen bersaing pada Kejohanan Petanque Junior ASEAN di Bangkok.

 Sementara itu, Janudin dalam ucapannya berkata sejak persatuan petanque ditubuhkan di Sarawak pada 1997 yang kedua selepas Terengganu (1995) namun pasukan petanque Sarawak terus unggul dengan empat kali muncul sebagai atlet terbaik petanque di Malaysia.

 Katanya, kejayaan itu dapat disaksikan apabila dua atlet petanque Sarawak mewakili Malaysia pada kejohanan peringkat antarabangsa di Bangkok.

 Jelasnya, untuk pertandingan peringkat negeri di sini membabitkan penyertaan 112 atlet termasuk jurulatih dan pengurus pasukan terdiri Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei, Betong, Samarahan dan Kuching manakala Sri Aman, Limbang dan Serian tidak dapat menghantar pasuka atas masalah tertentu.

 Perasmian penangguhan kejohanan itu disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu, Teo Ho Ping yang mewakili Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

 Hadir sama Naib Pres iden PEPSAR me r angkap Ke tua Pegawai dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pemilihan Atlet SUKMA Perak 2018, Abang Shamsuddin Abang Ahmad dan Pegawai Menguasa MSNS Bahagian Bintulu, Aric Philbert.

  • oleh
  • Advertisement