Anda di sini

APMM bantu pindahkan mangsa melecur

Advertisement
 Mangsa yang cedera dibawa menaiki ambulans ke hospital.
MELECUR: Mangsa yang cedera dibawa menaiki ambulans ke hospital.

LABUAN: Seorang lelaki yang melecur di badan akibat kebakaran pada enjin bot berjaya dipindahkan dari Pulau Papan di sini ke Hospital Nukleus Labuan.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Labuan Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata, operasi pemindahan mangsa dibuat selepas pihaknya menerima panggilan kcemasan kira-kira jam 7.40 pagi Ahad.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Abang Jaffaruddin, 37, sedang menghidupkan enjin bot.

Bagaimanapun, enjin bot terbabit tiba-tiba terbakar dan api turut menyambar anggota badan mangsa.

Difahamkan, kebakaran itu berpunca daripada kebocoran minyak dan lintar pintar,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, bot peronda maritim membawa mangsa ke jeti APMM Labuan pada jam 8.55 pagi sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Advertisement