Anda di sini

1,000 pelajar Parlimen Petra Jaya menerima bantuan persekolahan

Advertisement
 Fadillah ditemani Fazzrudin dan Azman merakam kenangan bersama pelajar yang menerima bantuan sekolah.
BANTU: Fadillah ditemani Fazzrudin dan Azman merakam kenangan bersama pelajar yang menerima bantuan sekolah.

KUCHING: Seramai 1,000 pelajar dalam Parlimen Petra Jaya menerima bantuan persekolahan di bawah Program Kembali Ke Sekolah 2018.

Majlis penyampaian bantuan sekolah itu disempurnakan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Hikmah, Petra Jaya di sini semalam.

Program anjuran Plus Malaysia Berhad dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra Jaya itu bagi membantu ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Pada tahun ini pendekatan kita sedikit berbeza iaitu ibu bapa dan pelajar terlibat diminta hadir awal supaya mereka dapat menentukan sendiri saiz baju anak-anak mereka bagi mengelak tersalah saiz dan sebagainya.

Tujuan kita menganjurkan program bantuan sekolah ini untuk membantu meringankan beban ibu bapa daripada kalangan berpendapatan rendah membuat persiapan persekolahan anak mereka.

Justeru, kita amat berterima kasih kepada pihak Plus Malaysia Berhad kerana dapat menganjurkan program ini dan diharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” kata Fadillah dalam ucapannya.

Pada masa sama beliau berkata program bantuan sekolah itu melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Petra Jaya iaitu DUN Tupong, Samariang dan Satok.

Hadir sama pada majlis itu semalam, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad Datuk Azman Ismail dan tetamu kehormat lain. 

Advertisement