Anda di sini

Kerajaan lulus tapak 5.8 ekar bina Pusat Ekumenikal Kristian di Miri

Advertisement
Uggah yang ditemani Datuk Bandar, Adam Yii melepaskan peserta Perarakan Hari Krismas di Dataran Kipas Miri malam tadi.
Uggah yang ditemani Datuk Bandar, Adam Yii melepaskan peserta Perarakan Hari Krismas di Dataran Kipas Miri malam tadi.

MIRI: Kerajaan negeri melalui Majlis Perancangan Negeri telah meluluskan permohonan tapak pembinaan Pusat Ekumenikal Kristian Miri melibatkan tanah seluas 5.8 ekar.

Permohonan diterima dari Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) dan diluluskan untuk tapak di lot 6083 Jalan Miri By Pass.

Berita baik itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, bagi merasmikan Perarakan Hari Krismas di Dataran Kipas, malam tadi.

Permohonan diluluskan semasa mesyuarat pada 24 November lalu.

"Kerajaan negeri bukan sekadar membantu institusi agama-agama lain dengan pemberian dana projek sahaja.

“Malahan kerajaan negeri turut mempertimbangkan permohonan tapak bagi tujuan keagamaan seperti bangunan rumah ibadah, tapak perkuburan dan kemudahan infrastruktur bagi aktiviti penganut agama yang lain," kata Abang Johari dalam teks ucapan perasmian yang dibacakan oleh Uggah.


Setelah siap kelak, lebih kurang 120,000 masyarakat Kristian pelbagai denominasi di sini dapat menjalankan upacara dan aktiviti keagamaan seperti kursus, seminar dan pelbagai aktiviti lain dengan lebih selesa.

Ia juga merupakan Pusat Ekumenikal Kristian kedua di Sarawak, selepas Pusat Ekumenikal Kristian di Jalan Stampin, Kuching.

  • oleh
  • Advertisement