Anda di sini

Cuti Gawai lebih panjang tahun depan - Manyin

Advertisement
 

SERIAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan permohonan Sarawak untuk mendapatkan cuti perayaan Hari Gawai Dayak 2018 yang disambut majoriti rakyat di negeri ini.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong (gambar) pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin Serian, pagi tadi.

Beliau menjelaskan Sarawak akan bercuti dari 28 Mei hingga 24 Jun 2018 yang merangkumi cuti Gawai Dayak, cuti ganti, cuti pertengahan tahun dan cuti Hari Raya Aidilfitri.

"Saya ada perkara baharu untuk diumumkan berkaitan cuti Gawai yang mana sebelum ini ramai kalangan rakyat tidak gembira apabila KPM mengumumkan cuti pertengahan tahun untuk 2018 tidak termasuk Hari Gawai dan Pesta Keamatan.

"Pada 28 November lalu, KPM telah membuat keputusan untuk Sarawak cuti dari 28 Mei hingga 3 Jun 2018, diikuti cuti ganti 4 hingga 8 Jun 2018, cuti pertengahan tahun dan cuti Hari Raya 9 hingga 24 Jun.

"Ini bermakna sekolah di Sarawak akan cuti dari 28 Mei hingga 24 Jun 2018 dan saya berharap semua pihak gembira dengan pengumuman ini," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement