Anda di sini

WIEF peluang perluas rakan niaga

Advertisement
 Awang Tengah bersama Musa pada sidang media selepas majlis penangguhan WIEF Ke-13 di BCCK, Kuching semalam.
SIDANG MEDIA: Awang Tengah bersama Musa pada sidang media selepas majlis penangguhan WIEF Ke-13 di BCCK, Kuching semalam.

KUCHING: Penganjuran Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 dapat membuka peluang untuk Sarawak menjalinkan kerjasama dengan rakan niaga dari negara luar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyifatkan forum itu penting kerana ia mendukung Sarawak memacu ke arah ekonomi digital.

“Segala input, cadangan dan idea serta saranan sudah tentunya akan membantu malah memberi perangsang untuk Sarawak mencapai visi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penangguhan WIEF Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching di sini, semalam.

Seramai lebih 2,000 peserta dari 77 negara menyertai WIEF Ke-13 bertemakan ‘Perubahan Gangguan: Kesan Dan Cabaran’ yang berlangsung selama tiga hari dari 21 November hingga semalam.

Pada masa sama, Awang Tengah memberitahu, kerajaan negeri akan meneruskan kerjasama dalam pelbagai sektor bersama negara jirannya, Brunei dan Kalimantan Barat Indonesia.

Jelasnya, kerjasama itu turut melibatkan pembangunan di kawasan berhampiran sempadan selain sektor pelanco-ngan dan juga, perkhidmatan.

“Pada masa ini, kita (Sara-wak) membekalkan tenaga elektrik 150 megawatt kepada Indonesia dan ada permintaan untuk penambahan untuk bekalan elektrik dari negara tersebut,” katanya.

Selain itu, Awang Tengah menyarankan semua pemain industri di negeri ini agar jangan takut dengan perubahan gangguan, sebaliknya melihat ia dari sudut positif.

“Kesimpulannya, apa yang penting dalam kita menghadapi perubahan gangguan, kita harus berani menghadapi cabaran dan merebut peluang ke arah memajukan perniagaan masing-masing selain meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam.

  • oleh
  • Advertisement