Anda di sini

Penjaga kedai nafi curi dibebas dengan jaminan

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang penjaga kedai supaya dibebas dengan jaminan RM2,800 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan mencuri barangan kepunyaan majikannya.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Disember depan untuk pengurusan kes.

Gilbert Gumbang, 23, dari Desa Senadin di sini dituduh mencuri pelbagai barangan seperti dua unit telefon bimbit, 11 kabel dan 17 rerumah telefon bimbit kepunyaan majikannya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 2 petang, pada 17 November lalu di sebuah premis, Jalan Persiaran Kabor di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement