Anda di sini

Ops Tapis: Empat lelaki dicekup di Limbang

Advertisement

LIMBANG: Ops Tapis untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di sini berjaya membawa kepada penangkapan empat lelaki di beberapa lokasi berasingan pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata lelaki terbabit berusia 23 hingga 40 ditahan sekitar jam 10.50 pagi.

Beliau berkata, pihaknya merampas dadah jenis syabu seberat 0.10 gram daripada seorang suspek, 25, dari Merutop yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Buangsiol.

“Bagaimanapun, suspek terbabit negatif dadah hasil ujian saringan air kencing,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, tiga lagi lelaki yang turut ditahan dalam serbuan masing-masing di Kampung Buangsiul dan Kampung Limpaong.

“Ketiga-tiga suspek positif Amphetamine dan Methamphetamine hasil ujian saringan terhadap mereka,” katanya.

Semua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952.

Advertisement