Anda di sini

Mnangagwa sedia terajui Zimbabwe

Advertisement
 Mnangagwa (kiri) bercakap kepada penyokong diapit oleh isterinya Auxilia di ibu pejabat parti pemerintah Zimbabwe Zanu-PF di Harare, kelmarin. — Gambar AFP
KEMBALI BERKUASA: Mnangagwa (kiri) bercakap kepada penyokong diapit oleh isterinya Auxilia di ibu pejabat parti pemerintah Zimbabwe Zanu-PF di Harare, kelmarin. — Gambar AFP

HARARE: Bakal presiden Zimbabwe yang baharu Emmerson Mnangagwa telah bersedia semalam untuk mengambil alih kuasa selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Robert Mugabe yang membawa pemerintahan autoritarian selama 37 tahun kepada satu penamat.

Mnangagwa, yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tentera dan pihak keselamatan, kembali ke negara kelmarin untuk menerima tugas tersebut dan memberitahu orang ramai yang kagum di Harare bahawa mereka telah menyaksikan “demokrasi terbongkar sepenuhnya”.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai presiden dalam satu majlis pelantikan pada hari ini, menurut pihak berkuasa.

Ucapan adalah yang pertama baginya sejak Mugabe memecat beliau sebagai timbalan presiden pada 6 November ekoran satu perbalahan penggantian dengan bekas wanita pertama, satu tindakan yang mendesak campur tangan tentera bagi memaksa Mugabe meletakkan jawatannya, membawa kepada peletakan jawatannya pada Selasa le-pas.

“Pada hari ini kami telah menyaksikan permulaan bagi satu demokrasi baharu dan sepenuhnya di dalam negara kami,” kata beliau di depan beratus-ratus penyokong, sebahagian daripada mereka  memakai baju yang mempu-nyai gambar pemimpin ber-usia 75 tahun itu.

“Kami mahu mengembangkan ekonomi kami, kami inginkan pekerjaan...semua penduduk Zimbabwe yang bersifat patriotik harus berganding bahu, bekerjasama,” jelas beliau.

Beliau telah dikelilingi oleh pasukan keselamatan yang besar dan tiba di ibu pejabat parti pemerintah ZANU-PF dalam perarakan kenderaan stail presiden.

Dua pemuda memegang patung buaya di atas kepala mereka, satu rujukan kepada nama gelaran Mnangagwa, diperolehi bagi reputasinya yang keras dan kejam.

Beliau telah tiba sebelum itu di pangkalan udara Manyame di Harare dari Afrika Selatan, dan menemui pegawai utama ZANU-PF sebelum menuju ke Dewan Negara, pusat utama bagi bahagian politik di Zimbabwe, untuk satu taklimat.

“Ucapan yang hebat, tidak dapat menjelaskan bagaimana perasaan saya melihat beliau selepas apa yang beliau lalui. Semua yang saya inginkan adalah peluang pekerjaan,” menurut Remigio Mutero, 30, seorang graduan IT yang menganggur.

Penguasaan ketat Mugabe berakhir pada Selasa lepas dalam satu pengumuman mengejut kepada Parlimen, di mana anggota Parlimen telah cuba untuk mendakwa pemimpin berusia 93 tahun yang menguasai setiap aspek kehidupan awam Zimbabwe selama beberapa dekad.

Beliau telah dilihat kali terakhir di khalayak umum pada Jumaat dan memberikan ucapan yang disiarkan di televisyen pada Ahad lepas, namun sama ada beliau atau isteri beliau Grace tidak lagi dilihat selepas itu, dengan di mana mereka berada tidak diketahui.

Di jalanan, berita bahawa kepimpinan beliau yang lama dan selalunya kejam telah tamat mencetuskan sambutan meriah yang berlanjutan sehingga lewat malam, dengan orang ramai menari dan bersorak di sebalik keriuhan bunyi hon kereta.

Seorang bekas sekutu utama Mugabe, Mnangagwa me-ninggalkan negara selepas pemecatan beliau, menyata-kan beliau tidak akan pulang tanpa sebarang jaminan bagi keselamatannya.

Pemecatannya adalah akibat satu perbalahan penggantian yang sengit dengan wanita pertama Grace, yang telah mendesak untuk mengambil alih daripada suaminya yang sudah tua.

Namun pengkritik berkata  Mnangagwa adalah seorang penentang kejam yang menjadi dalang keganasan dilakukan oleh pihak negara selama beberapa tahun, memberi amaran bahawa beliau akan membuktikan dirinya juga seorang pemerintah kuku besi seperti mentornya.

Rinaldo Depagne dari International Crisis Group berkata pemergian  Mugabe “tidak semestinya bermakna lebih demokrasi”.

Peletakan jawatan Mugabe telah menamatkan satu minggu yang kecoh di mana pihak tentera telah merampas kawalan dan berpuluh ribu penduduk Zimbabwe telah berkumpul di jalan raya dalam satu tindakan yang tidak dijangkakan dalam tenta-ngan terhadap Mugabe, yang meninggalkan ekonomi dalam kemusnahan.

“Kami berharap akan mampu untuk mendapatkan wang kami dari bank pada Disember depan dan dolar AS harus kembali semula,” kata Talent Chamunorwa, 37,  seorang penjual bata.

Beliau merujuk kepada kekurangan kronik wang tunai di Zimbabwe dan satu skim yang tidak dapat dipercayai bagi “wang kertas bon” di mana nilainya adalah sepatutnya dikaitkan dengan mata wang AS, yang diperdagangkan pada nilai yang jauh lebih rendah secara realiti.

Akhbar milik negara The Herald berkata penduduk Zimbabwe “tidak akan pernah kembali semula ke dalam kotak berdiam diri.”

“Semua pemimpin Zimbabwe pada masa akan datang perlu untuk membiasakan diri dengan bercakap kosong, mendengar dan kemudian menerangkan apa yang mereka lakukan serta kenapa,” katanya dalam satu komen kelmarin.

Mugabe telah memerintah Zimbabwe hampir tanpa tentangan sejak kemerdekaan, dan kemudian menjadi ketua negara paling tua berkhidmat di dunia.

Namun usaha untuk mele-takkan isterinya Grace berusia 52 tahun sebagai penggantinya adalah satu kesilapannya.

Walaupun nasib Mugabe masih belum diketahui, pihak ZANU-PF berkata beliau berhak untuk dilayan dengan hormat selepas mengetuai negara selama hampir empat dekad. — AFP

Advertisement