Anda di sini

Dua pemain hoki SMK Bintulu dipilih sertai latihan berpusat di Kuching

Advertisement
 (Barisan belakang, dari lima kiri) Sakrunathan, Sivasubramaniam dan jurulatih lain bersama peserta kem latihan di Stadium Hoki Sarawak.
LATIHAN: (Barisan belakang, dari lima kiri) Sakrunathan, Sivasubramaniam dan jurulatih lain bersama peserta kem latihan di Stadium Hoki Sarawak.

KUCHING: Dua pemain hoki dari SMK Bintulu dipilih menyertai latihan berpusat di Stadium Hoki Sarawak sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 8 hingga 17 Disember depan.

Ketua Jurulatih, Sri Sakrunathan @ Murti Subramaniam berkata dua pemain terbabit, Raylence Ajeng Rajih dan Miroslave Aricsson dipilih setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan semasa Pembangunan Hoki Antara Pusat SSC/MSNS.

“Raylence dan Miroslave hanya pemain dipilih dari Bintulu, dua lagi dari Miri, dua dari Sibu dan selebihnya di Kuching.

Latihan berpusat diadakan dari 25 November hingga 5 Disember dan kita menghantar senarai muktamad 18 pemain ke kejohanan kebangsaan itu,” katanya di sini semalam.

Sakrunathan akan dibantu Ali Rahman Rasid dari SMK Bako manakala Mahadir Mohamad dari SMK Serian selaku pengurus pasukan.

Raylence dan Miroslave antara 34 pemain dari SMK Bintulu dan lima dari SMK Mukah menyertai kem latihan di Stadium Hoki Sarawak pada 13 hingga 16 November lalu.

Kem latihan itu memberi pengalaman berharga kepada pemain-pemain kerana buat pertama kalinya mereka berpeluang bermain di atas padang besar menggunakan rumput tiruan Ia dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Sarawak, C Sivasubramaniam sambil dibantu Sakrunathan, Netty Elvis, Beatrice Sawin, Pamela Tia dan Echa Samantha.

Advertisement