Anda di sini

APM berjaya musnahkan sarang tebuan besar

Advertisement
 Sarang tebuan tanah sebesar tayar lori lima tan berjaya dimusnahkan.
BESAR: Sarang tebuan tanah sebesar tayar lori lima tan berjaya dimusnahkan.

MIRI: Sarang tebuan tanah sebesar tayar lori lima tan berjaya dimusnah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah sekolah menengah di sini, malam kelmarin.

Pegawai APM Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata sarang tebuan itu dimusnahkan selepas menerima aduan daripada seorang guru di sekolah tersebut.

“Bimbang keselamatan pelajar, seorang guru menghubungi Pusat Kawasan Operasi Daerah (PKOD) kira-kira jam 8.35 pagi meminta bantuan memusnahkan sarang tebuan itu.

“Sarang tebuan berada di atas pagar tepi sekolah itu berjaya dimusnahkan malam tadi (kelmarin) dengan kaedah semburan racun serangga lalu dibakar,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, tiga anggota diketuai Prebet (PA) Fildatul Akmar Juli dikerahkan ke lokasi kira-kira jam 7.45 malam.

Advertisement