Anda di sini

2017 Putra Brand Awards Hurix menang 2 anugerah

Advertisement
__alt__

JIN BIN GROUP mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pembuatan ubat-ubatan herba bawah jenama ‘Hurix’s’ memenangi anugerah Putra Most Enterprising Brand dan anugerah Putra Brand dalam kategori kesihatan untuk 2017 yang diadakan di Majestic Hotel pada 2 November 2017.

Hurix’s yang meraih dua anugerah di Putra Brand Awards baru-baru ini telah membuktikan produk-produk Hurix’s merupakan pilihan pertama untuk pengguna.

Jin Bin Group menjadikan komitmen mereka untuk menggunakan herba yang berkualiti tinggi, teknologi yang moden dan berinovatif bagi pengeluaran produk, sekumpulan kakitangan yang berkelayakan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk.

Produk yang dikeluarkan oleh Jin Bin Group melepasi piawai Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang ketat dan mengawal semua fasa proses pengeluaran termasuklah proses perolehan dan pengujian bahan-bahan mentah hinggalah proses pembungkusan bagi memastikan produk yang dikeluarkan bermutu tinggi.

Jin Bin Group menggunakan teknologi dalam proses pengekstrakan dan pemekatan herba. Melalui kaedah saintifik dalam penghasilan ubat-ubatan herba, pengekstrakan herba yang mempunyai saiz molekul yang bersesuaian dan bioavaibiliti yang baik lebih mudah diserap oleh badan manusia.

Dalam usaha untuk mengekalkan kualiti dan keselamatan produk, Jin Bin Group mengaplikasikan ujian ketepatan dan kepersisian untuk memastikan produk adalah selamat dan memenuhi parameter yang dikehendaki.

Selain itu, walaupun keadaan ekonomi sekarang mencabarkan, Jin Bin Group tidak berputus asa untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan pada harga berpatutan untuk para pengguna. Keadaan ekonomi sekarang bukan dilihat sebagai cabaran tetapi sebagai peluang untuk terus memperbaiki dan menginovasikan produk mereka.

Jin Bin Group mula menerokai pasaran antarabangsa menerusi pengembangan jualan produk ke beberapa negara ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Macau bagi mengukuhkan perolehan syarikat.

Jin Bin Group komited untuk menghasilkan produk dan ubat-ubatan yang berkualiti baik, sihat, semula jadi dan mempunyai nilai yang berpatutan.

Hurix’s, Menjaga Kesihatan Anda!

Advertisement