Anda di sini

Sektor IT jangka pertumbuhan dalam permintaan pengambilan pada 2018

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sektor teknologi maklumat (IT) dijangka menyaksikan pertumbuhan dalam permintaan pengambilan pada tahun depan berikutan peningkatan pelaksanaan program transformasi digital oleh perniagaan, kata Kimberlyn Lu, Ketua Negara firma pengambilan profesional pakar, Robert Walters Sdn Bhd.

Beliau berkata sektor itu juga akan terus menjadi pasaran yang didorong oleh calon dengan kenaikan gaji antara 20 dan 30 peratus.

Dalam sektor IT, lebih banyak syarikat dijangka memindahkan fungsi IT ke Malaysia sebagai strategi untuk menjimatkan kos dan mendapatkan akses ke negara-negara lain di Asia Tenggara.

Langkah ini akan membawa kepada permintaan yang lebih tinggi bagi pereka antara muka pengguna, pembangun web, pengurus projek digital dan calon dengan kemahiran dalam sumber terbuka dan keselamatan siber,” katanya pada taklimat media mengenai Robert Walters Salary Survey 2018 di sini semalam.

Bagaimanapun, berdasarkan kajian tersebut, katanya syarikat mungkin menghadapi cabaran untuk mencari tenaga kerja IT berikutan permintaan yang tinggi bagi pembangun perisian.

Sehubungan itu, calon yang berkualiti dengan kemahiran IT yang khusus dijangka menerima beberapa tawaran pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, mengenai aktiviti pengambilan secara keseluruhan di Malaysia, Lu berkata ia diunjurkan kekal aktif pada 2018, didorong oleh persekitaran perniagaan yang berkembang maju susulan, antaranya pertumbuhan e-dagang yang berterusan, pendigitalan, teknologi kewangan, perkhidmatan perkongsian dan pengoptimuman struktur organisasi yang lebih baik.

Dalam persekitaran tawaran balas yang kukuh, syarikat perlu memastikan tarikan tenaga kerja yang baik dan strategi pengekalan disediakan, misalnya, menawarkan pakej gaji yang kompetitif, proses pengambilan yang cekap dan pengambilan yang tepat pada masa serta penglibatan tenaga kerja yang lebih baik.

Susulan calon mungkin mempunyai lebih daripada satu tawaran pekerjaan, ia memberi kelebihan kepada syarikat untuk membina nilai jenama majikan mereka sebagai antara strategi tarikan,” katanya. — Bernama

Advertisement