Anda di sini

Pesawah projek PPK Melaka direman tujuh hari

Advertisement
 Seorang lagi lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan skim baja padi bernilai kira-kira RM2.54 juta di Melaka, semalam. — Gambar Bernama
BANTU SIASATAN: Seorang lagi lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan skim baja padi bernilai kira-kira RM2.54 juta di Melaka, semalam. — Gambar Bernama

MELAKA: Seorang lagi lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan skim baja padi bernilai kira-kira RM2.54 juta.

Tempoh reman sehingga 28 Nov ke atas lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Hurman Hussain di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.

Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atasnya mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kelmarin Bernama melaporkan seorang pengurus projek di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka ditahan reman selama enam hari bagi kes yang sama.

Penahanan pesawah itu dibuat untuk siasatan kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)  bernilai kira-kira RM2.54 juta melibatkan 56,700 kampit baja, sejak awal tahun lepas. — Bernama

Advertisement