Anda di sini

Usahawan perlu jaga kualiti produk

Advertisement
 Jainab sempat melawat gerai pameran sempena Malam Apresiasi Faith Wellness 2017.
LAWAT GERAI: Jainab sempat melawat gerai pameran sempena Malam Apresiasi Faith Wellness 2017.

KOTA KINABALU: Pengusaha produk kecantikan perlu menjaga kualiti barangan masing-masing dan tidak terlalu mementingkan keuntungan semata-mata.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, usahawan yang ikhlas dan tidak mengambil kesempatan terhadap kepercayaan pelanggan sahaja yang akan berjaya dalam perniagaannya.

Setiap usahawan perlu bersaing secara sihat, mencari kekuatan produk atau perniagaan agar mampu maju. Gunakan sepenuhnya media sosial (tujuan kebaikan) bagi memasarkan produk yang baik dan bermanfaat.

Selain itu, sentiasalah mencari ruang dan peluang untuk memajukan perniagaan, berusaha gigih serta sentiasa meningkatkan kemahiran atau nilai tambah terhadap produk dan perkhidmatan,” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Faith Wellness 2017, di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan bahawa bidang perniagaan adalah lubuk untuk memperoleh pendapatan lumayan sehingga bergelar jutawan.

Bagaimanapun, usahawan perlu mengetahui cara yang betul dalam berniaga serta sabar berdepan pelbagai risiko dan cabaran untuk mendapat hasil.

Kerajaan juga sentiasa memberi galakan kepada orang ramai agar menceburi bidang perniagaan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerjaan makan gaji sahaja.

Justeru, kita mahu mengubah pemikiran rakyat khususnya generasi muda agar mentransformasi diri menjadi seorang yang mencari pekerjaan kepada seorang yang mencipta pekerjaan,” katanya.

Jainab berkata, kerajaan juga sentiasa meningkatkan keterlibatan generasi muda dengan menumpukan kepada empat komponen iaitu pendidikan, kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan.

Langkah itu wajar dilaksanakan memandangkan keadaan ekonomi pada masa kini yang tidak menentu selain dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan generasi muda.

Apatah lagi pada usia muda, mereka mempunyai banyak idea segar dan tenaga untuk membangunkan empayar perniagaan yang hebat pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, majlis itu turut meraikan pelumba basikal termasuk penyampaian anugerah pelanggan harapan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengusaha Faith Wellness Centre Lissa Jack.

Advertisement