Anda di sini

RANDO Saratok julang Piala Residen

Advertisement

Menewaskan Fedstate FC dengan 1-0 pada perlawanan akhir Ahad lepas

 Pasukan RANDO Saratok muncul juara kategori senior kejohanan bola sepak Piala Residen Betong.
JUARA: Pasukan RANDO Saratok muncul juara kategori senior kejohanan bola sepak Piala Residen Betong.

BETONG: RANDO Saratok menjulang Piala Residen Betong Edisi Ketujuh apabila menewaskan Fedstate FC dengan 1-0 pada perlawanan akhir di Kompleks Sukan Betong di sini kelmarin.

 Manakala tempat ketiga bersama bagi kategori senior itu masing-masing menjadi milik pasukan Kuserab dan Merantau.

 Sementara itu, bagi kategori veteran PSKPP Betong menjuarai kategori tersebut setelah menewaskan Suksess juga dengan 1-0 pada perlawanan akhir.

 Manakala tempat ketiga bersama menjadi milik pasukan PDRM dan Pusavet.

 Anugerah penjaring terbanyak bagi kategori senior diberikan kepada Dzi Fadzrin dari pasukan Merantau manakala pemain terbaik perlawanan akhir dianugerahkan kepada Mohd Shaharini Hipni.

 Bagi kategori veteran penjaring terbanyak diberikan kepada Nen Salim dari PSKPP manakala pemain terbaik perlawanan akhir milik Mahadir Seliman dari pasukan Suksess.

 Juara berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan medal.

 Manakala naib juar a menerima hadiah wang tunai RM800 berserta piala pusingan, piala iringan dan medal.

 Ketiga bersama masingmasing membawa pulang hadiah wang tunai RM600 serta piala pusingan, piala iringan dan medal.

 Kejohanan tiga hari itu anjuran MAKSAK Betong disertai sebanyak enam pasukan veteran dan 12 pasukan senior.

 Sepak mula kejohanan disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Betong, Bujang Ladi mewakili Pemangku Residen Bahagian Betong, Friday Belik sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 Turut hadir Pegawai Daerah Saratok Mohamad Ikmal Abdullah, Penguasa Jabatan Tanah dan Survey Bahagian Betong Anthony Aboy, Pegawai Kesihatan Bahagian Dr Johny Pangkas, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Soehardie Abang Zaini serta exco.

  • oleh
  • Advertisement