Anda di sini

Polis tumpas kegiatan edar dadah di Bintulu

Advertisement

BINTULU: Kegiatan pengedaran dadah tumpas dengan tertangkapnya seorang lelaki warga asing berumur 26 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di kilang papan kawasan Kemena, malam tadi.

Serbuan itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah Polis Bintulu sekitar jam 7.30 malam

Ketua Polis Daerah Bintulu,  Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, dalam serbuan itu, pasukan polis menemui sebuah kotak dan bungkusan plastik lutsinar di ruang tamu rumah berkenaan dipercayai mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 8.5 gram dengan anggaran nilai RM1,000.

"Penangkapan suspek ini sekaligus telah menyelesaikan satu lagi kes pengedaran dadah secara kecil-kecilan di bahagian ini khususnya yang melibatkan warga asing," ujarnya.

Beliau menambah, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan.

Kes itu jelasnya, disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dari suspek dalam serbuan malam tadi
  • oleh
  • Advertisement