Anda di sini

Penuntut IPT parah jatuh dari blok kediaman

Advertisement
 Mangsa cedera parah di kepala dipercayai terjatuh dari blok kediamam di Kota Samarahan.
JATUH: Mangsa cedera parah di kepala dipercayai terjatuh dari blok kediamam di Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) cedera parah di bahagian kepala dipercayai terjatuh dari blok kediaman pelajar di Desa Ilmu di sini, semalam.

Pelajar perempuan berusia 22 tahun itu ditemui berlumuran darah di aras lantai blok apartmen berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 2.49 petang.

Penghuni di blok kediaman itu kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dari Kampung Pinang, Kota Samarahan itu dihantar ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun setakat berita ini ditulis keadaan mangsa masih belum stabil.

Difahamkan belum ada maklumat lanjut tentang punca mangsa jatuh.  

Advertisement