Anda di sini

Najib tiba untuk rasmi WIEF 2017

Advertisement
 Najib diiringi Abang Johari sebaik tiba di Bilik Kenamaan LTAK, semalam.
TIBA: Najib diiringi Abang Johari sebaik tiba di Bilik Kenamaan LTAK, semalam.

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di bandar raya ini untuk merasmikan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang bermula hari ini sehingga 23 November.

Beliau yang menaiki pesawat khas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 7.10 malam tadi.

Sejurus tiba di Bilik Kenamaan LTAK, Najib disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo untuk Rundingan Tahunan Malaysia dan Indonesia yang turut diadakan di sini esok (22 November).

Selepas itu, Najib dijadual menaiki penerbangan balik.

Advertisement