Anda di sini

Lelaki ditahan, komponen motosikal dirampas

Advertisement

Hasil risikan pasukan khas curi motosikal, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Wong King Huo, Sibu

 Anggota polis berusaha mengenal pasti identiti salah satu rangka motosikal dijumpai semasa pemeriksaan.
PERIKSA: Anggota polis berusaha mengenal pasti identiti salah satu rangka motosikal dijumpai semasa pemeriksaan.

SIBU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas rangka serta pelbagai komponen motosikal dalam serbuan di Jalan Wong King Huo, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata bertindak hasil risikan pasukan khas curi motosikal, pihaknya melakukan serbuan ke rumah itu sekitar jam 12.40 tengah hari.

Semasa pemeriksaan di dalam dan luar rumah suspek, polis  menjumpai beberapa rangka dan komponen motosikal disyaki barang curi.

Nombor casis pada rangka motosikal juga diganggu dan tidak dapat diperiksa,” katanya di sini semalam.

Menurut Zailanni, suspek turut gagal memberi sebarang penjelasan munasabah terhadap rangka dan komponen motosikal terbabit semasa soal siasat.

Menurutnya, rangka dan komponen motosikal terbabit kemudian dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

Antara dirampas termasuk tiga rangka motosikal pelbagai jenis, dua unit topi keledar, dua unit ‘allen key’ diubah suai seperti kunci motosikal, dua batang ‘handle’ motosikal, tiga unit karburator, dua unit ‘absorber’, dua unit penutup enjin motosikal jenis aluminium dan satu unit tangki minyak.

Turut dirampas tiga unit ‘fork’ motosikal, satu unit ekzos dan tiga unit rim.

Zailanni memberitahu, pihak forensik juga dimaklumkan bagi melakukan proses semakan nombor casis pada rangka motosikal dirampas.

Tangkapan suspek dan rampasan barangan kes disiasat di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil 1957.

Suspek direman untuk siasatan lanjut sebelum ditangkap semula disabit mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement