Anda di sini

Elizabeth II, Putera Philip rai jubli platinum

Advertisement

Monarki British itu dan suaminya menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-70

 Kombinasi gambar serahan Istana Buckingham kelmarin yang dirakam jurugambar Camera Press Matt Holyoak pada baru-baru ini menunjukkan Elizabeth II dan Putera Philip bergambar dalam tiga siri potret di White Drawing Room, Istana Windsor dengan latar belakang platinum bertekstur sempena jubli platinum perkahwinan mereka semalam. — Gambar AFP/Reuters
SEHATI SEJIWA: Kombinasi gambar serahan Istana Buckingham kelmarin yang dirakam jurugambar Camera Press Matt Holyoak pada baru-baru ini menunjukkan Elizabeth II dan Putera Philip bergambar dalam tiga siri potret di White Drawing Room, Istana Windsor dengan latar belakang platinum bertekstur sempena jubli platinum perkahwinan mereka semalam. — Gambar AFP/Reuters

LONDON: Ratu Elizabeth II dan Putera Philip menyam-but ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-70 semalam, menjadi pasangan pertama memerintah di Britain yang menyambut jubli platinum perkahwinan.

Perkahwinan Ratu yang memakan masa beberapa dekad, raja yang paling lama memerintah negara, mengatasi semua monarki British sebelum ini.

Pasangan diraja tersebut tidak akan mengadakan sebarang acara awam namun menjemput keluarga dan teman-teman ke Istana Windsor untuk acara makan malam peribadi petang semalam, menurut media.

Pada awal hari, loceng di Westminster Abbey, di mana Elizabeth menikahi Duke of Edinburgh pada 20 November, 1947,  dibunyikan dalam bunyi loceng sambutan penuh.

Beberapa pembunyi loceng gereja, sekumpulan sepuluh orang, akan memyampaikan penghormatan tanpa gangguan selama kira-kira tiga jam 20 minit, bermula jam 1 petang waktu tempatan.

Juga bagi menghormati acara, pada Sabtu lepas Istana Buckingham telah mengemukakan potret fotografi baharu Ratu dan Putera, yang diambil awal bulan ini di White Drawing Room di Istana Windsor.

Thomas Gainsborough merakam potret 1781 George III dan Ratu Charlotte, di mana penyatuan selama 57 tahun, melibatkan kurun ke-18 dan ke-19, sebagai perkahwinan diraja British yang paling lama.

Dalam salah satu gambar yang ditunjukkan, Ratu memberikan aksi dengan gaun krim yang sama dipakainya semasa sembahyang kesyuku-ran ulang tahun perkahwinan ke-60 sepuluh tahun lepas, dihiasi kerongsang emas kuning bertatah batu delima dan berlian yang dihadiahkan Philip pada 1966.

Sementara itu, Royal Mail, perkhidmatan pos Britain, mengeluarkan satu set baharu enam setem sempena acara mercu tanda bersejarah ini.

Ia termasuk gambar-gambar ketika pengumuman pertunangan pasangan itu di Istana Buckingham, perkahwinan mereka di West-minster Abbey, dan bahagian pertama bulan madu mereka di sebuah estet luar bandar di wilayah Hampshire.

Perkahwinan diraja yang ibarat kisah dongeng pada 1947 itu menaikkan semangat awam semasa tahun-tahun yang sukar sejurus selepas Perang Dunia II.

Perkahwinan mereka bertahan, di mana Philip menerima gaya hidup di sebalik bayangan isterinya, dan ratu kelihatan memaafkan kekhilafan beliau.

Mereka mempunyai empat anak — Charles, Anne, Andrew dan Edward — walaupun perkahwinan mereka kurang berjaya, dengan semua kecuali Edward telah bercerai.

Pasangan itu turut mempunyai lapan cucu dan lima cicit, dengan cicit keenam dijangkakan pada April, di mana anak ketiga Putera William dan isterinya Kate Middleton dijangka dilahirkan.

Duke of Edinburgh yang berusia 96 tahun itu bersara daripada perhatian umum pada musim panas ini, menikmati masa terluang yang baharu ditemui dengan membaca dan melukis.

Bagi peranannya, ratu yang kini berusia 91 tahun, perlahan-lahan menyerahkan sebahagian tugas rasminya kepada Charles, 69.

Pasangan diraja itu bertemu kali pertama ketika masih remaja, kemudian berkahwin ketika Elizabeth merupakan puteri berusia 25 tahun.

Philip, anak lelaki kepada seorang putera Greece yang meninggalkan negara itu, melepaskan gelaran dan kepercayaan Ortodoks Greek serta menjadi rakyat British bagi membolehkannya berkahwin dan menggunakan nama keluarga ibunya Mountbatten.

Sebelum berkahwin, beliau memberitahu bonda ratu bahawa beliau telah jatuh cinta sepenuhnya dengan puteri baginda.

Sejak disanjungi Elizabeth II sebagai ‘batunya’, Philip menyebut: “Tugas saya yang pertama, kedua dan terakhir, adalah untuk tidak me-ngecewakan ratu.” — AFP

Advertisement