Anda di sini

Dua sekawan maut

Advertisement
 Beginilah keadaan kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan awal pagi semalam.
BERGELIMPANGAN: Beginilah keadaan kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan awal pagi semalam.

  Mhyrdon, Muhammad Fairus maut dalam kemalangan motosikal pagi semalam. 

KUCHING: Dua sekawan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Stutong di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, mangsa Mhyrdon Ghypson Clement, 22, dan Muhammad Fairus Yussof, 21, dikatakan menunggu sebuah motosikal.

Ketika dalam perjalanan di Jalan Stutong, motosikal mereka dipercayai berpusing sebelum terjatuh di atas jalan.

Motosikal itu dipercayai terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke kiri jalan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Junaidi Abang Anuar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berasal dari Padawan dan bekerja sebagai tukang masak di sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan jurukimpal.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat dan sampel darah mangsa juga akan diambil untuk ujian alkohol dalam darah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement