Anda di sini

Doh Kayan Telang Usan sambut ulang tahun pertama

Advertisement
 Charles, Elizabeth bersama tetamu lain memotong kek sempena sambutan ulang tahun pertama DKTU.
ULANG TAHUN PERTAMA: Charles, Elizabeth bersama tetamu lain memotong kek sempena sambutan ulang tahun pertama DKTU.

LEBIH 500 tetamu memeriahkan majlis sambutan ulang tahun pertama Persatuan Wanita Kayan Telang Usan atau Doh Kayan Telang Usan (DKTU) di Miri Marriott Resort and Spa di Miri, baru-baru ini.

 Menarik, para tetamu tampil lengkap menggunakan pakaian tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik.

 Pengerusi DKTU merangkap Ketua Masyarakat Orang Kayan Temenggung Elizabeth Deng berkata, majlis itu amat signifi kan bagi ahli-ahli wanita DKTU.

 “Selain meraikan sambutan ulang tahun pertama, majlis ini menjadi platform kepada kita untuk memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada wanita-wanita dari kawasan Telang Usan yang memberikan sumbangan dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.

 “Ia juga bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan wanita Kayan dengan etnik lain khususnya Orang Ulu di samping mengeratkan semangat perpaduan,” kata Elizabeth.

 Beliau menambah, sejak ditubuhkan pada 11 Nov tahun lepas, DKTU berjaya menganjurkan kursus pembangunan ekonomi Josedan penerbitan buku masakan Kayan pertama.

 Bertemakan ‘Wanita Kayan Moden’, majlis tersebut disempurnakan oleh setiausaha politik kepada ketua menteri Charles Balan Seling.

 Pada majlis tersebut, Charles mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau sebagaisokongan terhadap penubuhan DKTU.

 Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah bagi mengiktiraf sumbangan wanita Kayan dalam bidang pendidikan, perubatan, ekonomi dan sosiobudaya.

 Penerima ialah Aren Anyi (bekas guru), Dilly Asong Ngau (bekas bidan), Roselyn Long Lah (usahawan, pereka dan aktivitis sosial), Rosiana Urai Lah (penyanyi), Jose phine Talan Laeng (usahawan kraf tangan) dan Tingang Madang (kumpulan penari).

 “Wanita ini memainkan peranan besar dan memberikan kebanggaan kepada wanita Orang Ulu khususnya di Telang Usan.

 Kita berharap pengiktirafan ini akan menggalakkan lebih ramai wanita untuk memajukan diri dalam apa jua bidang ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya,”kata Elizabeth.

 Beliau menasihatkan penerima anugerah agar terus menjadi wanita teladan kepada wanita Kayan dan Orang Ulu.

 “Kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang kita capai hari ini.

 Kita mesti melakukan yang terbaik dan menjadi contoh kepada komuniti kita,” katanya.

 Majlis pada malam itu dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Rosiana Urai, tarian, pertunjukan fesyen, cabutan tiket bertuah, live band dan persembahan pakaian wanita terbaik.

 Hadir sama pengerusi Jenny Unyang Jok, isteri Dennis Debbie Irang, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak merangkap timbalan pengerusi DKTU Magdalene Lungan Ajang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Angelina Umis, Pengerusi Persatuan Wanita Kayan Sarawak Roselyn Lah, Kaunselor Dominic Nyurang dan beberapa ketua masyarakat Kayan.

  • oleh
  • Advertisement