Anda di sini

Rusia guna veto lindungi rejim Syria

Advertisement
 Nebenzya mengutarakan pendapatnya kepada Majlis Keselamatan mengenai inkuiri antarabangsa ke atas serangan senjata kimia di Syria semasa mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di New York, kelmarin. — Gambar Reuters
SALAH GUNA KUASA: Nebenzya mengutarakan pendapatnya kepada Majlis Keselamatan mengenai inkuiri antarabangsa ke atas serangan senjata kimia di Syria semasa mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di New York, kelmarin. — Gambar Reuters

Cubaan PBB untuk lancar semula siasatan penggunaan senjata kimia terbantut

PERTUBUHAN BANGSABANGSA BERSATU: Rusia menolak veto kedua dalam beberapa har i pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB kelmarin bagi menghalang pelancaran semula siasatan bagi mengenal pasti dalang serangan senjata kimia di Syria.

 Satu resolusi draf yang dikemukakan Jepun akan melanjutkan Mekanisme Siasatan Bersama (JIM) diketuai PBB untuk tempoh 30 hari lagi bagi rundingan untuk kompromi meluas.

 Namun Rusia menggunakan kua s a ve t onya untuk menghalang penerimaan selepas 12 negara anggota majlis mengundi memihak kepada langkah tersebut, sekali gus menamatkan misi tersebut.

 China bersifat berkecuali, sementara Bolivia mengundi tidak.

 Ia kali ke-11 di mana Rusia menggunakan kuasa vetonya bagi menghalang tindakan majlis yang menyasari sekutunya Syria.

 “Rusia membuang masa kami ,” Duta Amer ika Syarikat (AS) Nikki Haley memberitahu majlis selepas pengundian.

 “Rusia tiada kepentingan dalam dasar penemuan dengan sebahagian lagi dalam majlis ini bagi menyelamatkan JIM.

” “Rusia tidak akan bersetuju terhadap sebarang mekanisme yang mungkin menyorot penggunaan senjata kimia oleh sekutunya, rejim Syria,” jelas beliau.

 Satu resolusi memerlukan sembilan undian untuk dilaksanakan majlis, namun lima negara iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan AS boleh menghalang penerimaan dengan kuasa veto mereka.

 Jepun mengemukakan cadangannya selepas Rusia pada Khamis lepas memberikan undi veto bagi menolak resolus i yang dirangka AS yang membenarkan penyiasat pakar untuk meneruskan kerja mereka setahun lagi.

 Duta Rusia Vassily Nebenzia menuduh kepimpinan JIM memalukan diri sendiri dengan siasatan tidak benar mengenai serangan gas sarin di kampung Khan Sheikhun yang ditawan pembangkang.

 Panel menandatangani namanya dalam tuduhan tidak berasas terhadap Syria, dakwa beliau.

 Dalam laporan pada bulan lepas, JIM telah memutuskan bahawa pasukan tentera udara Syria telah menggugurkan gas saraf berbahaya di Khan Sheikhun, menyebabkan puluhan o r ang awam terbunuh.

 Serangan pada 4 April itu mencetuskan kemarahan global ketika gambar kanakkanak yang nazak ditunjukkan di seluruh dunia, mendesak AS untuk melancarkan serangan misil ke atas sebuah pangkalan udara Syria beberapa hari kemudian.

 Laporan awal oleh JIM telah mendapati bahawa pasukan tentera kerajaan Syria bertanggungjawab ke atas serangan klorin di tiga kampung pada 2014 dan 2015.

 Laporan turut menyatakan kumpulan Islamic State (IS) menggunakan gas ‘mustard’ pada 2015.

 — AFP

Advertisement