Anda di sini

Kedudukan strategik Padawan jadi pilihan warga kota: Pengerusi MPP

Advertisement
 Lo (empat kiri) merakamkan gambar bersama jawatankuasa SHEDA Cawangan Kuching dipengerusikan Sim Kiang Chiok (lima kiri) di booth pameran NAIM.
KENANGAN: Lo (empat kiri) merakamkan gambar bersama jawatankuasa SHEDA Cawangan Kuching dipengerusikan Sim Kiang Chiok (lima kiri) di booth pameran NAIM.

Ketika ini pembangunan perumahan, hartanah tumbuh pesat di Padawan

KUCHING: Pembangunan perumahan dan hartanah komersial dalam kawasan Padawan di bawah Majlis Perbandaran Padawan (MPP) tumbuh dengan pesat ketika ini.

 Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata, pembangunan pesat ini didorong oleh beberapa faktor.

 Faktor pertama katanya adalah kedudukan Padawan yang terletak di kedudukan tengah antara Kuching Utara dan Selatan serta dikelilingi oleh daerah-daerah seperti Bau dan Samarahan.

 “Oleh kerana kedudukan Padawan yang strategik, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dengan pusat bandar maka Padawan menjadi lokasi pilihan untuk didiami oleh warga kota.

 “Ditambah pula dengan harga pasaran tanah yang terlalu mahal, maka ini menarik lebih ramai pemaju untuk melabur dalam perumahan dan hartanah komersial di Padawan,” katanya.

 Lo berkata demikian ketika ditemui selepas pembukaan Jerayawara Perumahan dan Hartanah 2017 Ke-2, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching semalam.

 Jerayawara tersebut berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 November di aras bawah Pusat Beli-Belah Boulevard di sini.

 Mengulas mengenai jerayawara tersebut, Lo berkata ia merupakan satu inisiatif yang bertepatan oleh SHEDA Cawangan Kuching.

 Jerayawara ini katanya merupakan peluang terbaik untuk masyarakat terutama pembeli dan pelabur berpotensi untuk memiliki kediaman sendiri atau hartanah bagi tujuan komersial.

 “Apa yang menarik perhatian saya setiap kali SHEDA mengadakan ekspo seperti ini ialah mereka sentiasa tampil dengan idea serta reka bentuk baharu yang kreatif dalam projek mereka.

 “Jadi, ini adalah masa yang paling tepat untuk anda (pembeli dan pelabur) merebut tawaran-tawaran yang disediakan oleh pelbagai syarikat pemaju di bawah satu bumbung,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement