Anda di sini

Fazzrudin presiden baharu KDFA

Advertisement

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dilantik sebagai presiden baharu Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA).


Beliau menggantikan mantan presiden, Rakawi Ibrahim yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KDFA bagi penggal 2017-2019 di salah sebuah hotel di sini, malam tadi.


Rakawi bagaimanapun menyandang jawatan selaku Penasihat KDFA.


Dalam ucapan ringkas, Fazzrudin mengucapkan terima kasih kepada barisan exco yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui persatuan itu.


Beliau juga menyeru barisan exco baharu agar terus bekerjasama dengannya untuk membawa persatuan itu ke tahap yang lebih tinggi.


Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden disandang Salleh Arif Obeng manakala Naib Presiden dipegang Kamaludin Akil.


Jawatan Setiausaha Agung menyaksikan muka baharu, Iswandi Ali Hassan dipilih secara lantikan manakala Penolong Setiausaha masih belum dilantik.


Turut dipilih secara lantikan jawatan Bendahari yang kekal disandang Zainal Abidin Jali dan dua exco baharu, Hassim Awang dan Wan Mohd Mirzan Wan Hanapi.


Manakala exco lama yang dikekalkan ialah Abang Mohd Zaki Abdillah, Azman Mohamed Edi, Osman Imbun, Salbi Murad dan Ahmad Zaki Zaidi.

Fazzrudin (tengah) bersama Rakawi (tiga kiri) dan exco baru KDFA bagi penggal 2017-2019.
  • oleh
  • Advertisement