Anda di sini

30 pelajar khatam al-Quran, 53 terima Sijil Tamat Asas Tahmid

Advertisement
 Khamsiah (tengah) memotong kek Majlis Khatam Al-Quran dan Konvokesyen Kali Ke-5 Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Sibu.
POTONG KEK: Khamsiah (tengah) memotong kek Majlis Khatam Al-Quran dan Konvokesyen Kali Ke-5 Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Sibu.

MAJLIS Khatam Al-Quran dan Konvokesyen Kali Ke- 5 Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Sibu berlangsung meriah di Dewan Laksis di Sibu, baru-baru ini.

 Majlis kali ini dianjur oleh Pusat ALC Cawangan Sibu dan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Sibu (JAIS) Sarawak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sibu.

 Seramai 30 pelajar khatam al-Quran dan 53 penerima Sijil Tamat Asas Tahmid dari empat pusat ALC iaitu ALC Ummi Nur Asiah Taman Indah Sibu, ALC Ummi Nur Asiah Sibu Jaya, ALC Ummi Nur Asiah Pondok Amal Kampung Hilir dan Akademi Syuhada telah diraikan pada majlis tersebut.

 Acara majlis menyaksikan penyampaian anugerah Pelajar Termuda Khatam Al-Quran kepada adik Mirza Ziqri Mohd Shukri dan Irham Arfian Rudy Arfian yang berusia tujuh tahun.

 Seramai empat pelajar dari cawangan masingmasing telah terpilih sebagai pelajar terbaik ALC 2016.

 Mereka ialah Asyraaf Nasrullah Adib Afifi Afne, Nur Farrisha Azwani Abdullah, Dhiya Nur Zulaikha dan Shamieza Sopian.

 Manakala, pelajar terbaik tahfiz dianugerahkan kepada Muqri Luzman Mohd Shukri, Arina Awfiyah Muhd Firdaus, Irfan Farhan Fathi dan Aliya Najihah Sarif.

 Bagi tokoh pelajar Al-Baghdadi Sibu pula, anugerah diberikan kepada Mohd Haiqal Nazreyruddin Mohd Nazib yang berusia 12 tahun.

 Beliau berjaya menamatkan bacaan khatam al-Quran bersama Al-Baghdadi pada usia sembilan tahun pada 2014.

 Sementara itu, majlis turut menganugerahkan kepada tiga tenaga pengajar bagi perkhidmatan cemerlang iaitu Ustazah Hasiah Yahud, Ustazah Siti Fatimah Azzahra dan Ustazah Nurul Syahirah Ishak.

 Hadir merasmikan dan menyampaikan sijil kepada para pelajar ialah Ketua Pegawai Operasi Yayasan Al-Baghdadi Malaysia Ustaz Farhan Alias.

 Turut hadir, Ketua Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu selaku wakil ibu bapa pelajar Al-Baghdadi Dr Muhamad Rais Abdullah dan Penolong Pentadbir Jabatan Agama Islam Sibu (JAIS) Sarawak Ustaz Wan Nazarul Latif.

  • oleh
  • Advertisement