Anda di sini

Samling calon rebut Anugerah Kecemerlangan Industri

Advertisement
 Wakil syarikat HMN Nadhir Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat menerima Laporan Maklumbalas Syarikat daripada Abang Abdul Karim (dua kiri) di MPC Wilayah Sarawak di Kuching, semalam.
TERPILIH: Wakil syarikat HMN Nadhir Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat menerima Laporan Maklumbalas Syarikat daripada Abang Abdul Karim (dua kiri) di MPC Wilayah Sarawak di Kuching, semalam.

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengumumkan bahawa Pemegang Anugerah Kecemerlangan Industri Tertinggi Negeri Sarawak ‘Chief Minister’s Industry Excellence Awards’ (CMIEA) 2017, Samling Housing Products Sdn Bhd akan mewakili negeri ke Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) tidak lama lagi.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah MPC Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan proses penilaian syarikat berdasarkan kriteria ketetapan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) iaitu sama seperti yang digunakan dalam AKI.

“CMIEA merupakan anugerah yang diadakan dua tahun sekali dan penerima CMIEA 2017 akan mewakili negeri. Antara lain, tujuannya adalah bagi mengenal pasti amalan-amalan terbaik yang telah menyumbang kepada kecemerlangan syarikat-syarikat di Sarawak yang telah menyumbang kepada ekonomi negeri.

“Anugerah ini diharap dapat menyebar luas konsep Business Excellence (BE) kepada organisasi-organisasi di Sarawak.

“CMIEA 2017 mendapat 20 penyertaan sedangkan sebelum ini ia terhad kepada 10 sehingga 15 penyertaan sahaja yang turut terbahagi kepada empat kategori iaitu mikro, kecil (3), sederhana (7) dan besar (10),” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan laporan Sarawak CMIEA 2017 dan Sesi Perkongsian Amalan Terbaik di MPC Wilayah Sarawak semalam.

Abang Abdul Karim yang juga merupakan Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) menambah, AKI merupakan anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bahkan, pada 7 Disember ini artikel Amalan Terbaik 10 Syarikat Pemenang Emas Sarawak CMIEA 2017 akan didokumenkan oleh Profesor Madya Dr Azmawani Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pada masa yang sama, kemudiannya setelah didokumenkan akan diserahkan kepada Ketua Menteri awal Januari tahun depan, ujarnya lagi.

Sesi perkongsian Amalan Terbaik Business Excellence (BE) turut dijalankan semalam oleh pihak IMetal (M) Sdn Bhd (Kepimpinan), Samling Housing Product Sdn Bhd (Perancangan), Cita Information Systems Sdn Bhd (Pemprosesan Maklumat), Powerpoint Electrial Sdn Bhd (Pelanggan), Senari Synergy Sdn Bhd (Orang Ramai) dan Press Metal Bintulu Sdn Bhd (Maklumat).

Sebanyak 20 syarikat terpilih sebagai penerima Laporan Maklumbalas Syarikat iaitu Amalgamated Plant Engineering Sdn Bhd, Amoga Tours & Travel Sdn Bhd, Assar Senari Port Sdn Bhd, Asteel Sdn Bhd, Cita Information System Sdn Bhd, IMetal (M) Sdn Bhd, HMN Nadhir Sdn Bhd, Independent Oil Terminal Management Sdn Bhd, Konsortium Bumi Consultants and Services Sdn Bhd, Kozin Real Estate Sdn Bhd, NMO Sdn Bhd.

Termasuk Powerpoint Electrical Sdn Bhd, Press Metal Bintulu, Press Metal Sarawak, PU Architect Sdn Bhd, Samling Housing Product Sdn Bhd, Senari Synergy Sdn Bhd, Tanjung Manis Oil Terminal Management Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Weida Intergrated Industries Sdn Bhd.

Turut hadir ialah Pengarah MPC Wilayah Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid dan Ketua Penolong Pengarah, Unit Permodenan Perkhidmatan Negeri, Jabatan Ketua Menteri Dolhadi Marzuki.

  • oleh
  • Advertisement