Anda di sini

Greece berkabung susulan banjir teruk

Advertisement
 Seorang lelaki membantu memindahkan seorang wanita dari banjir di Mandra di barat Athens, kelmarin. — Gambar AFP
CEPAT NAIK!: Seorang lelaki membantu memindahkan seorang wanita dari banjir di Mandra di barat Athens, kelmarin. — Gambar AFP

MANDRA: Greece ber-kabung kelmarin ketika anggota penyelamat cuba mengesan beberapa orang yang hilang dalam kejadian banjir yang mengorbankan 16 nyawa berhampiran ibu negara, disusuli ramalan ribut petir sehingga hujung minggu.

Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya empat orang masih belum diketahui keadaan mereka di Mandra, salah satu daripada tiga pekan kira-kira 50 kilometer di barat Athens yang dilanda banjir teruk pada awal Rabu lepas.

Mangsa terbaharu, seorang lelaki berusia 50 tahun, ditemui di dalam sebuah bilik bawah tanah yang dipenuhi dengan lumpur.

Kru penyelamat meng-ambil masa selama sehari lebih untuk sampai ke rumah beliau.

Perdana Menteri Alexis Tsipras, yang mengumumkan negara berkabung selama tiga hari selepas bencana tersebut, berkata beliau berasa “terkejut” selepas melawat kawasan kelmarin.

“Ini adalah jelas satu feno-mena cuaca yang jarang berlaku dan ekstrem,” kata Tsipras.

“Namun fenomena ekstrem ini mempunyai kesan ini ke-rana masalah yang terkumpul (selama beberapa dekad) dan kekurangan dalam peranca-ngan infrastruktur dan zon,” jelas beliau.

Beberapa pakar berkata bangunan yang tidak dirancang dengan baik di kawasan tersebut – sebahagian daripadanya oleh pihak berkuasa perbandaran tempatan – bermakna ini merupakan satu bencana yang menunggu masa untuk berlaku.

Kerja pembetulan parit di kawasan tersebut diluluskan pada 2016 namun kerja itu masih belum dimulakan.

Ahli meteorologi berkata penurunan hujan lebat pada Rabu lepas adalah tertumpu di sebuah gunung berhampiran yang dimusnahkan oleh kebakaran hutan pada 2016, membantu menyebabkan gelongsoran lumpur.

Kawasan berhampiran mengalami kurang penurunan hujan, kata mereka.

“Ia adalah seperti satu tsunami,” Evangelos Kolovetzos, seorang pemilik kedai tempatan, memberitahu AFP.

Penduduk tempatan Spyros Karambikas memberitahu televisyen ERT bahawa beliau melihat seorang lelaki dihanyutkan oleh air yang deras “seperti mana angin menerbangkan kain napkin.”

“Air di dalam rumah saya naik setinggi 3.5 meter (11.5 kaki),” kata Sotiris Loukopoulos, yang farmasi beliau adalah satu-satunya yang masih dibuka di Mandra.

“Lima farmasi musnah, kami masih lagi beroperasi kerana kami berada di kawasan tanah tinggi,” beliau memberitahu radio perbandaran Athens, ketika penduduk cuba membersihkan halaman mereka dengan penyodok dan hos paip.

Lebih 100 anggota bomba dibantu oleh peralatan tentera melakukan usaha mencari dan menyelamat di Mandra, Nea Peramos dan Megara, beberapa komuniti separuh luar bandar di barat Athens yang paling teruk dilanda banjir.

Operasi dilakukan di sepan-jang jalan raya yang dikotori serpihan, kereta yang terbalik dan beratus-ratus rumah dan kedai yang ditenggelami air ketika kru utiliti berusaha mengembalikan bekalan elek-trik dan air.

Kakitangan kecemasan menggunakan pam untuk mengepam air ketika pasukan bantuan polis dihantar ke kawasan itu bagi menghalang tindakan mencuri.

Cuaca buruk dijangka akan berterusan sehingga hujung minggu, menimbulkan kebimbangan bagi beratus-ratus orang yang rumah mereka dimasuki air.

“Kami sedang cuba berdepan dengan dua kejadian air yang teruk, salah satu daripadanya masih mengalir melalui tengah Mandra,” sumber agensi perlindungan awam memberitahu AFP.

Seramai 12 orang dimasuk-kan ke hospital, seorang dalam keadaan serius.

Sebagai satu langkah per-tama, negara akan menanggung perbelanjaan bagi pengebumian, menurut kementerian dalam negeri.

Makanan, air dan selimut telah segera dihantar ke kawasan tersebut, dilanda oleh apa yang dikatakan oleh penduduk tempatan sebagai banjir paling teruk dalam tempoh 20 tahun.

“Situasi adalah tidak dijangkakan,” kata Constantinos Palaioroutis, pengarah di hospital berhampiran dengan kawasan itu.

Beberapa warga emas me-ninggal dunia di dalam rumah mereka sementara beberapa orang lagi terperangkap di dalam kereta mereka ketika mereka memandu ke tempat kerja masing-masing.

Dua mayat dihanyutkan ke laut.

Beberapa bahagian di kawasan tersebut tanpa bekalan air dan elektrik untuk hari kedua, dan sebahagian besar kerosakan akan mengambil masa beberapa hari untuk dibaiki, walaupun nasib baik sistem kumbahan masih lagi berfungsi, kata syarikat air negara.

Sebuah kapal persiaran dengan 364 kabin telah di-arahkan untuk melindungi sebahagian daripada golongan gelandangan sekiranya perlu, menurut kementerian marin perdagangan.

Pernah merupakan sebuah kawasan luar bandar, Mandra dan beberapa pekan berhampiran berubah dengan pesat menjadi sebuah hab logistik bagi beberapa kilang dan gudang sejak 20 tahun lepas, dengan pembinaan baharu menutup tebingan sungai yang akan menyediakan perparitan semula jadi.

Seorang pendakwa raya telah mengarahkan siasatan mengenai perlanggaran pembinaan di kawasan itu, di mana dua orang meninggal dunia akibat banjir yang melanda pada 1996.

Jurucakap kerajaan Dimitris Tzanakopoulos berkata “pembinaan secara haram merupakan satu respons terhadap ketidaksamarataan sosial dan ekonomi yang besar.”

Kawasan yang terjejas akan memohon dana perpaduan Kesatuan Eropah, kata pejabat gabenor Athens. — AFP

Advertisement