Anda di sini

Sarawak berjaya jadi destinasi peringkat kedua bagi acara perniagaan

Advertisement

KUCHING: Sarawak berjaya meletakkan dirinya sebagai salah satu destinasi peringkat kedua bagi acara perniagaan di rantau ini.

Menteri Pelancongan, Ke-senian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dari Januari hingga Oktober tahun 2017, Biro Konvensyen Sarawak (SCB) membawa 73 acara perniagaan ke Sarawak.

73 acara perniagaan ini mewakili hampir 25,000 dele-gasi dan 73 hari perwakilan dengan menterjemahkan kira-kira RM81.7 juta dalam perbelanjaan perwakilan terus ke Sarawak.

Jumlah itu sekali gus me-nyumbang kepada pendapatan negeri Sarawak yang me-rangkumi sektor perniagaan pelancongan seperti dalam penginapan, tempat acara, kedai makanan dan minuman dan sebagainya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Menurut Karim, sebaha-gian acara perniagaan yang berjaya Sarawak menangi dan diberi penekanan pada tahun ini termasuk penganjuran ‘World Autisme Congress 2022’ dengan jangkaan kehadiran 1,500 perwakilan, ‘10th Clean Air Asia Better Quality Conference 2018’ (jangkaan kehadiran 600 perwakilan) dan ‘Alliance for Healty Cities Global Conference 2018’ (jangkaan kedatangan 600 perwakilan) dan sebagainya.

Sementara pada 2017, negeri ini menjadi tuan rumah kepada 47 konvensyen dengan lebih 20,000 delegasi atau perwakilan yang akan membawa perbelanjaan sebanyak RM67.7 juta,” katanya.

Advertisement