Anda di sini

Pertimbang kenaikan pencen untuk kakitangan awam: Arifin

Advertisement

Kebanyakan mereka telah berkhidmat lebih daripada 40 tahun

 Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu kehormat.
NAIKKAN PENCEN: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu kehormat.

KUALA PENYU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif berharap kerajaan negeri mempertimbang kenaikan pencen untuk kakitangan awam negeri dalam Bajet 2018 Negeri Sabah yang akan dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat ini.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat, kebajikan kakitangan awam negeri juga perlu diambil kira memandangkan sebahagian besar mereka telah berkhidmat lebih daripada 40 tahun.

Sambil menyambut baik Bajet 2018, beliau yakin Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akan turut membentangkan bajet yang memenuhi aspirasi seluruh lapisan rakyat Sabah.

Saya berharap ia dapat dilaksanakan di negeri Sabah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada pesara kakitangan awam negeri atas perkhidmatan mereka sepanjang berkhidmat kerana ada sebahagian mereka telah berbakti dari 30 hingga 40 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sekalung Budi, Seikhlas Penghargaan Pedalaman Bawah di Dewan Shahbandar Makang, Kuala Penyu pada Selasa.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Dalam pada itu, Arifin yang juga ADUN Membakut turut menggesa kakitangan awam negeri yang masih berkhidmat supaya terus berbakti dengan sepenuh hati dan lebih berdedikasi.

Laksanakan tugas dengan penuh dedikasi bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan terus meningkat demi mencapai prestasi yang cemerlang,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 61 pesara kakitangan awam negeri menerima sijil penghargaan daripada Arifin serta diraikan dalam satu majlis jamuan makan bagi menghargai perkhidmatan mereka.

Advertisement