Anda di sini

Wartawan British-Iran tertekan di Tehran

Advertisement
 Gambar fail 10 Jun tahun lepas menunjukkan Zaghari-Ratcliffe bersama suaminya Richard dan anak perempuan mereka Gabriella. — Gambar AFP
DIPENJARAKAN: Gambar fail 10 Jun tahun lepas menunjukkan Zaghari-Ratcliffe bersama suaminya Richard dan anak perempuan mereka Gabriella. — Gambar AFP

LONDON: Seorang wartawan British-Iran yang dipenjarakan di Iran dan tersorot dalam kontroversi politik di Britain telah menjalani pemeriksaan bagi kanser payudara ketika keadaan emosinya bertambah teruk, menurut suaminya kelmarin.

Nazanin Zaghari-Ratcliffe hampir hilang akal selepas dibawa ke hospital Iranmehr di Tehran bagi pemeriksaan pakar untuk bonjolan baharu, menurut Richard Ratcliffe.

Zaghari-Ratcliffe sudah berbulan-bulan mengadu rasa ngilu tajam pada payudaranya, yang akhirnya membawa kepada pemeriksaan ultra bunyi Sabtu lepas dan ubat-ubatan diberikan sebelum rundingan susulan hujung minggu depan, jelas beliau.

Selepas berbual dengan isterinya melalui telefon kelmarin, Ratcliffe menambah beliau bimbang isterinya gagal mengawal emosinya selepas penahanan diteruskan.

Apa yang jelas kesan 20 bulan terakhir di penjara amat ketara dan akan menjadi satu perjalanan pulang yang panjang,” menurut beliau.

Zaghari-Ratcliffe, yang bekerja dengan Thomson Reuters Foundation (TRF), bahagian kemanusiaan organisasi media tersebut, ditangkap di lapangan terbang Tehran pada April 2016 dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas hasutan.

Dia diancam dengan tuduhan selanjutnya dan perbicaraan baharu akan menambahkan lagi hukumannya.

Kesnya menimbulkan ketegangan politik di Britain selepas setiausaha luar Boris Johnson memberitahu jawatan kuasa parlimen bahawa Zaghari-Ratcliffe berada di Iran untuk melatih wartawan.

Keluarganya menegaskan beliau berada di negara itu untuk bercuti, dan  etiausaha asing kemudian mengesahkan kepada anggota perundangan bahawa Britain turut mempercayai perkara tersebut.

Sekumpulan ahli politik pembangkang telah menyeru kepada Johnson agar meletakkan jawatan atas kesilapan tersebut.

Ratcliffe, yang telah berkempen dengan tegasnya bagi pembebasan isterinya, mengesahkan beliau menerima satu panggilan telefon yang positif daripada Johnson kelmarin.

Perbualan mereka berlangsung selama kira-kira 20 minit, dan mereka bersetuju untuk bertemu dalam masa beberapa hari akan datang, menurut kepada satu kenyataan daripada ‘Free Nazanin Campaign’.

Ia menambah bahawa Johnson bersetuju untuk melihat secara serius terhadap Ratcliffe menemani beliau dalam satu lawatan akan datang ke Iran, dan bagi mempertimbangkan satu permohonan bagi Zaghari-Ratcliffe diberikan perlindungan diplomatik.

Keluarga tersebut mempercayai tindakan, berdasarkan kepada satu pendapat perundangan yang dikemukakan kepada pejabat luar dua bulan kemudian, dapat membantu usaha Britain untuk memastikan beliau dibebaskan di bawah undang-undang antarabangsa.

Michael Gove, setiausaha alam sekitar, kelmarin memberitahu BBC bahawa beliau tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Zaghari-Ratcliffe di Iran.

Ratcliffe menyatakan keluarga isterinya di Britain telah melihat temu bual itu dan amat marah. — AFP

Advertisement