Anda di sini

Pemandu maut

Advertisement

Lelaki maut, empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

 Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
TERSEPIT: Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
 Wesdy Nuria
MAUT: Wesdy Nuria

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Datuk Mohd Musa di sini, kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 11.13 malam itu, kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga dipercayai bertembung dengan dua kenderaan lain.

Bagaimanapun, pemandu kereta yang dikenali sebagai Wesdy Nuria, 36, maut di tempat kejadian.

Mangsa dilaporkan tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.

Namun, lelaki yang beralamat di Kampung Serayan, Lundu itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian.

 Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
TERSEPIT: Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi semalam.

Hasil makluman awal, satu kemalangan jalan raya maut telah berlaku di KM12, Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan berhadapan Taman Merdang melibatkan tiga kenderaan.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan dari arah Batu Tujuh hendak menuju ke Kota Samarahan yang bergerak lurus, dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan dan melanggar dua kereta dari arah Kota Samarahan menuju ke Batu Tujuh.,” katanya.

Menurutnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen  41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.13 malam berhubung laporan kemalangan.

Kami menggerakkan dua jentera dari BBP Kota Samarahan yang diketuai PBKII Subari Beni ke lokasi kejadian,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pemandu salah sebuah kereta dilaporkan cedera parah kerana mengalami patah kaki manakala seorang lagi pemandu cedera ringan dan seorang perempuan cedera di kaki dan telah dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Menurut Tiong, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 Keadaan tiga kenderaan selepas terlibat kemalangan di Jalan Datuk Mohd Musa dekat Kota Samarahan.
ROSAK: Keadaan tiga kenderaan selepas terlibat kemalangan di Jalan Datuk Mohd Musa dekat Kota Samarahan.
  • oleh
  • Advertisement