Anda di sini

Kejayaan Miri membanggakan

Advertisement

Lebih 200 peminat membanjiri Padang MBM rai pasukan Miri juara Piala Sarawak 2017

 Pemain-pemain Miri (berbaju merah) diraikan oleh peminat-peminat tempatan selepas kejayaan membawa pulang Piala Sarawak 2017.
RAI BERSAMA: Pemain-pemain Miri (berbaju merah) diraikan oleh peminat-peminat tempatan selepas kejayaan membawa pulang Piala Sarawak 2017.

MIRI: Meskipun lewat tiba daripada jadual asal, lebih 200 peminat bola sepak Miri membanjiri Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi meraikan kemenangan juara Piala Sarawak 2017, Miri.

 Rombongan pasukan Miri tiba dari Bintulu sekitar jam 4.10 petang kelmarin diiringi penunggang-penunggang motosikal berkuasa tinggi.

 Sebelum itu, pemain-pemain serta pegawai-pegawai dan barisan jurulatih pasukan Miri diarak dengan kenderaan sebaik tiba di kawasan Pantai Luak Eksplaned Miri dengan pemain-pemain Miri menjulang Piala Sarawak.

 Kemenangan pasukan Miri itu turut membanggakan bukan sahaja penduduk tempatan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau, Datuk Sebastin Ting.

 Sebastian turut meluangkan masa menyambut ketibaan pasukan Miri sebagai tanda sokongan terhadap pencapaian terbaik bola sepak di bahagian ini.

 Pasukan Miri menjulang kejuaraan Piala Sarawak 2017 setelah mengalahkan jiran tetangganya, Bintulu menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa sebenar permainan.

 Penantian selama 18 tahun menjulang Piala Sarawak adalah satu pencapaian yang harus dibanggakan selepas pasukan itu hanya naib juara pada 1999.

 Sejak 2010, pasukan Miri tidak pernah melepasi pusingan kedua pada kejohanan itu dan tahun ni nasib nyata menyebelahi pasukan Miri meskipun berdepan saingan sengit dari pasukan-pasukan lain.

 Paling manis, penyaring terbanyak, pemain terbaik, pasukan Fair Play dan penjaga gol terbaik masing-masing menjadi milik pasukan Miri.

 Pemenangnya iaitu Roslan Unos (penyaring terbanyak), Fairul Adi (pemain terbaik) dan Abdul Rajak Jamat (penjaga gol terbaik).

  • oleh
  • Advertisement