Anda di sini

Gempa bumi 7.3 jejas sempadan Iran-Iraq

Advertisement

Hanya enam maut di Iraq manakala lebih 200 terkorban di Iran dalam bencana malam kelmarin

 Kakitangan penyelamat dibantu penduduk tempatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan gempa bumi di Sarpol-e Zabah di Kermanshah, semalam manakala gambar kanan memaparkan orang ramai menunjukkan reaksi terkejut sejurus gegaran dirasai di situ. — Gambar AFP/Reuters
BENCANA BESAR: Kakitangan penyelamat dibantu penduduk tempatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan gempa bumi di Sarpol-e Zabah di Kermanshah, semalam manakala gambar kanan memaparkan orang ramai menunjukkan reaksi terkejut sejurus gegaran dirasai di situ. — Gambar AFP/Reuters

TEHRAN: Lebih 200 maut dan ratusan lagi cedera apabila satu gempa bumi dengan magnitud 7.3 menggegarkan wilayah pergunungan sempadan Iran-Iraq, sekali gus mencetuskan tanah runtuh yang menjejaskan usaha menyelamat, menurut pihak berkuasa semalam.

Gempa bumi berlaku 30 kilometer barat daya Halabja di Kurdistan Iraq sekitar jam 9.20 malam kelmarin, tatkala kebanyakan penduduk berada di rumah, menurut US Geological Survey (USGS).

Pagi semalam, Iran memberikan angka kematian wilayah lebih 200, manakala hanya enam dilaporkan maut di bahagian sempadan Iraq.

Sejumlah 207 kematian dan 1,700 kecederaan telah dilaporkan, kesemuanya di wilayah Kermanshah di Iran,” menurut Behnam Saidi, timbalan ketua unit krisis kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan respons terhadap bencana, kepada televisyen rasmi.

Mojtaba Nikkerdar, timbalan gabenor Kermanshah, menjelaskan pihak berkuasa dalam proses mmbina tiga kem bantuan kecemasan.

Ketua perkhidmatan kecemasan Pir Hossein Koolivand berkata, mereka berdepan kesukaran untuk menghantar pasukan penyelamat ke kawasan terjejas kerana jalan raya terputus akibat tanah runtuh.

Agensi berita rasmi IRNA berkata, 30 pasukan Palang Merah telah dihantar ke zon bencana yang sebahagiannya terputus bekalan elektrik.

Di Iraq, pegawai mengesahkan gempa bumi tersebut menyebabkan enam kematian di wilayah utara Sulaimaniyah dan 150 lagi cedera.

Rakaman video dalam Twitter menunjukkan penduduk yang panik melarikan diri dari sebuah bangunan di Sulaimaniyah, tatkala cermin tingkap pecah sejurus gempa bumi dirasai, manakala imej dari bandar berhampiran Darbandikhan menunjukkan struktur konkrit dan tembok besar ranap.

Di Sulaimaniyah, penduduk bertempiaran lari ke jalan raya dan sedikit kerosakan harta benda dilaporkan, menurut wartawan tempatan.

Empat maut dalam gempa bumi di Darbandikhan,” kata datuk bandar Nasseh Moulla Hassan.

Seorang kanak-kanak dan seorang warga emas maut di Kalar, manakala 105 cedera, menurut pengarah hospital di bandar tersebut yang terletak 70 kilometer ke selatan Darbandikhan.

Gempa bumi yang melanda pada kedalaman cetek 25 kilometer dirasai selama 20 saat di Baghdad dan jauh lebih lama di wilayah lain di Iraq, menurut wartawan tempatan.

Di bahagian Iran pula, gegaran menggegarkan beberapa bandar di barat termasuk Tabriz.

Gegaran turut dirasai di tenggara Turki, dari Malatya ke Van, menurut koresponden tempatan.

Manakala di bandar Diyarbakir, penduduk dilaporkan meninggalkan rumah mereka.

Gempa bumi berlaku di sepanjang 1,500 kilometer garisan keretakan antara plat tektonik Arab dan Eurasia, satu wilayah yang meliputi kawasan barat Iran dan timur laut Iraq. — AFP

 Lebih 200 maut dan ratusan lagi cedera apabila satu gempa bumi dengan magnitud 7.3 menggegarkan wilayah pergunungan sempadan Iran-Iraq, sekali gus mencetuskan tanah runtuh yang menjejaskan usaha menyelamat, menurut pihak berkuasa semalam. Gempa bumi berlaku 30 kilometer barat daya Halabja di Kurdistan Iraq sekitar jam 9.20 malam kelmarin, tatkala kebanyakan penduduk berada di rumah, menurut US Geological Survey (USGS). Pagi semalam, Iran memberikan angka kematian wilayah lebih 200, manakala hanya en
TEHRAN: Lebih 200 maut dan ratusan lagi cedera apabila satu gempa bumi dengan magnitud 7.3 menggegarkan wilayah pergunungan sempadan Iran-Iraq, sekali gus mencetuskan tanah runtuh yang menjejaskan usaha menyelamat, menurut pihak berkuasa semalam. Gempa bumi berlaku 30 kilometer barat daya Halabja di Kurdistan Iraq sekitar jam 9.20 malam kelmarin, tatkala kebanyakan penduduk berada di rumah, menurut US Geological Survey (USGS). Pagi semalam, Iran memberikan angka kematian wilayah lebih 200, manakala hanya en
Advertisement