Anda di sini

Enam remaja terlibat pengedaran dadah ditahan

Advertisement

Ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet bagi bantu siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952

 Dadah jenis ganja dan syabu dirampas dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Kuching.
BAHAN BUKTI: Dadah jenis ganja dan syabu dirampas dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Kuching.

KUCHING: Enam remaja ditahan termasuk dua perempuan dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di sini bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak Superintenden Sahar Abdul Latif berkata serbuan dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Sekama sekitar jam 9.50 malam Sabtu lalu selepas menerima maklumat awam.

Menurut Sahar, pihaknya menjalankan pemeriksaan badan terhadap seorang suspek berusia 24 tahun dan menemui satu paket plastik lutsinar berisi dedaun kering disyaki ganja dengan berat kasar tujuh gram.

Susulan itu, pemeriksaan lanjut ke atas bilik tersebut, beliau berkata pasukan serbuan telah menjumpai beg plastik berwarna kuning mengandungi kotak Smart Watch.

Di dalamnya (kotak Smart Watch) terdapat satu ketulan mampat dedaun kering disyaki ganja dengan anggaran berat kasar 152 gram dan empat peket plastik lutsinar berisi dedaun kering disyaki ganja seberat 29 gram.

Selain itu, kotak rokok Dunhill yang mengandungi dua peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 1.75 gram,” jelas Sahar sambil mendedahkan bahawa anggaran nilai rampasan berjumlah RM811.

Hasil siasatan awal, suspek dari Kuching itu mengaku memiliki semua barang kes tersebut dan bergiat aktif dengan kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini sejak enam bulan lalu.

Kesemua individu yang ditahan berusia antara 18 hingga 26 tahun dan didapati positif dadah jenis THC (ganja) dan methapethamine selepas ujian saringan air kencing.

Semakan rekod kesalahan lampau mendapati suspek pernah ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a).

Menurut Sahar, kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) di bawah akta yang sama.

  • oleh
  • Advertisement