Anda di sini

Christine rangkul tempat ketiga Peraduan Kecantikan Asli Yeo’s

Advertisement
 Christine (empat kiri) menerima hadiah daripada Yong sambil disaksikan Nickky (dua kiri) di Miri semalam.
TAHNIAH: Christine (empat kiri) menerima hadiah daripada Yong sambil disaksikan Nickky (dua kiri) di Miri semalam.

MIRI: Penganjur Peraduan Kecantikan Semula Jadi Yeo’s - See Hua Marketing Sdn Bhd dan Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd menyampaikan hadiah pemenang tempat ketiga kepada Christine Chua, 21, di Pejabat See Hua Marketing Sdn Bhd di sini semalam.

Christine berasal dari Miri menerima hadiah wang tunai RM1,000 daripada Timbalan Pengurus Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd, Yong Kim Kian diiringi jurugambar Jack Hii.

Turut hadir Pengurus Cawangan See Hua Marketing Sdn Bhd, Nickky Chua.

Selain memenangi tempat ketiga, Christine juga merupakan antara 10 pemenang harian.

Pemenang lain ialah Chieng Chow Hong, Ting Souk Juan, Vivian Chang, Lean Hii Jing, Lai Siaw Ping, Winnie Wong, Amanda Ngu, Voon Li Chiong dan Mary Ann.

Setiap pemenang harian menerima RM100 manakala jurugambar masing-masing juga menerima RM100.

Untuk kali ketiganya, See Hua Marketing Sdn Bhd merupakan penerbit akhbar The Post Borneo, See Hua Daily News dan Utusan Borneo menjadi rakan penganjur bersama Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd Peraduan Kecantikan Asli Yeo’s.

Pertandingan sebulan itu mencari wanita paling bersemangat mengekspresikan kecantikan semula jadi dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta wanita serta jurugambar semua lapisan masyarakat.

Ia mendapat inspirasi daripada Yeo’s Green Tea, minuman diekstrak daripada daun teh hijau bermutu tingi tidak mengandungi bahan pengawet dan tiada pewarna tambahan.

Selain itu, sifat antioksidan teh hijau amat berkesan memerangi radikal bebas dalam badan dan meningkatkan metabolisme badan pengurusan berat badan lebih baik.

Advertisement