Anda di sini

Tema Bollywood meriahkan Makan Malam Beradab SK Limbang

Advertisement
__alt__

MENGAMBIL aura bintang ternama seperti Shah Rukh Khan dan Kajol, tema Bollywood dipilih mengembalikan nostalgia zaman filem Hindustan pada majlis Makan Malam Beradab SK Limbang.

 Selain suasana dan dekorasi sangat memukau ala-ala Hindustan, warga pendidik SK Limbang cukup sporting apabila tampil kostum dan persalinan bintang Bollywood.

 Pastinya mata tertumpu kepada persalinan Guru Besar SK Limbang Kartini Hasbollah dan anak-anak buahnya yang menggayakan kostum tema Bollywood.

 Kartini berkata Majlis Makan Beradab merupakan salah satu program kebitaraan yang dianjurkan dua kali setahun SK Limbang.

 Jelasnya program itu sentiasa diberi kelainan dengan menampilkan tema berlainan setiap tahun.

 “Kita berharap program ini akan dapat diteruskan dalam usaha untuk melahirkan insan beradab, berdisiplin dan menghargai persekitaran selain pendidikan formal lain,” katanya.

 Beliau menjelaskan program tersebut bertujuan mendidik muridmurid di luar bilik darjah dan pelbagai protokol khususnya cara berjalan di majlis karpet merah.

 Hadir menyerikan majlis ialah Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri.

 Turut sama ialah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Suraya Hasbibollah, Yang Dipertua PIBG SK Limbang Siti Mariam Salleh dan warga SK Limbang.

  • oleh
  • Advertisement