Anda di sini

Pelancongan cerah

Advertisement
 Abang Johari menyempurnakan upacara ‘menitik mata’ naga pada perahu sempena Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa di Tebingan Kuching, semalam.
SIMBOLIK: Abang Johari menyempurnakan upacara ‘menitik mata’ naga pada perahu sempena Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa di Tebingan Kuching, semalam.

  Naik taraf infrastruktur, promosi teratur kepada peningkatan pelancong: KM

KUCHING: Sarawak mempunyai masa depan pelancongan yang cerah dengan menaik taraf infrastruktur dan pertambahan penerbangan terus dari luar negara.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, malah ia dikukuhkan lagi dengan promosi pelancongan teratur yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Kita ada penerbangan terus ke luar negara termasuk Shenzhen-Kuching, penerbangan Scoot (Singapura), selain penerbangan komersial di laluan tertentu daripada Maswings.

Ini pasti akan merancakkan lagi pembangunan pelancongan,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara ‘menitik mata’ naga pada perahu untuk Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa dan melancarkan Festival Kraf Sarawak sempena Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2017 di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai festival dan regata yang dianjurkan, Abang Johari berkata kedua-dua acara iaitu perlumbaan bot naga antarabangsa dan bidar mendapat sambutan memberangsangkan.

Selain itu penyertaan peserta dari luar negara dalam bahagian atau persembahan kesenian semasa festival ini juga merancakkan pembangunan kesenian kita di mana kesenian tempatan dan luar negara diadunkan bersama sempena festival,” tegasnya.

Berhubung isu lain, Abang Johari memberitahu kerajaan negeri dalam cadangan untuk membangunkan sebuah kawasan di Limbang sebagai kawasan peranginan.

Kawasan ini berhadapan dengan Brunei Bay di mana kita melihat ada kawasan peranginan yang boleh dibangunkan serta mempunyai lautan tenang yang menjadi tarikan kepada Limbang.

Kita akan berbincang sama ada kawasan dibangun dijalankan dengan usaha sama dengan negara jiran, Brunei dan Malaysia (Sarawak),” kata Abang Johari.

Katanya, beliau telah mengarahkan perancang berkaitan memulakan pelan bagi kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Limbang dan hanya tiga kilometer ke Brunei Bay.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan Menteri Muda Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais serta Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datu Ik Pahon Joyik.

  • oleh
  • Advertisement