Anda di sini

Pelajar lepasan sekolah menengah disaran ikuti perkembangan pembangunan negeri

Advertisement
 Dr Abdul Rahman bergambar bersama para penerima Anugerah Khas Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2017 SMK Tun Abang Haji Openg di Kuching semalam.
KENANGAN: Dr Abdul Rahman bergambar bersama para penerima Anugerah Khas Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2017 SMK Tun Abang Haji Openg di Kuching semalam.

KUCHING: Pelajar lepasan sekolah menengah disaran mengikuti perkembangan semasa pembangunan negeri Sarawak sebagai persiapan kerjaya bagi mengisi keperluan industri pada masa depan.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata Sarawak yang sedang bergerak ke arah era ekonomi digital menawarkan banyak peluang kepada generasi baharu.

Dasar kerajaan kini menumpukan pembangunan negeri ke arah era digital secara holistik dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Justeru, golongan pelajar khususnya mesti tahu tentang dasar yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Dr Abdul Rahman yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2017 SMK Tun Abang Haji Openg di sini, semalam.

Hadir sama Pengetua SMK Tun Abang Haji Openg Affida Helmi.

Beliau menasihati pelajar agar bijak dalam pemilihan kursus pengajian selepas tamat persekolahan.

Tidak dinafikan, pelajar mempunyai pilihan selepas tamat bersekolah sama ada untuk meneruskan pengajian atau menceburi bidang kerjaya.

Apa pun, anda harus bijak dalam pemilihan kursus yang menjurus kepada keperluan industri di negeri Sarawak,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan bahawa pelbagai pembangunan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilaksanakan di Sarawak.

Katanya ia merupakan peluang kepada generasi muda khususnya golongan pelajar untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam setiap dasar pembangunan kerajaan.

Dengan penglibatan generasi muda ini ia dapat mempersiapkan mereka menghadapi masa depan,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 99 pelajar tingkatan enam menerima sijil graduasi selain beberapa anugerah khas lain.

Advertisement