Anda di sini

Sarawak fokus Liga Perdana 2018

Advertisement
 Pemain import Sarawak, Mateo Roskam diasak oleh pemain Import TTeam, Abdoulaye Youssouf Maiga pada saingan Liga Super di Stadium Negeri Kuching malam kelmarin. Gambar sisipan Pengiran Bala. — Gambar Bernama
DIASAK: Pemain import Sarawak, Mateo Roskam diasak oleh pemain Import TTeam, Abdoulaye Youssouf Maiga pada saingan Liga Super di Stadium Negeri Kuching malam kelmarin. Gambar sisipan Pengiran Bala. — Gambar Bernama

Pengiran Bala akui punyai ramai pemain muda berpotensi membarisi skuad Ngap Sayot musim depan

KUCHING: Sarawak ingin melupakan kekecewaan gagal ke saingan Liga Super tahun depan dengan memberi fokus kepada kempen Liga Perdana pada 2018 dengan pasukan lebih kuat.

 Pengendalinya, Pengiran Bala mengakui Sarawak mempunyai ramai pemain muda yang berpotensi untuk membarisi skuad Bujang Senang musim 2018.

 “Saya percaya Sarawak akan bangkit dengan lebih kuat musim depan, kita akan kembali ke Liga Super pada 2019,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang T-Team di Stadium Negeri Kuching di sini malam kelmarin.

 Ditanya tentang status masa depan beliau bersama pasukan Sarawak, Pengiran Bala berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk Sarawak jika diberi peluang membimbing pasukan itu.

 Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sambil menyatakan ia terpulang kepada keputusan pengurusan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

 Mengulas mengenai perlawanan terakhir Liga Super 2017 menentang T - T e a m malam kelmarin, Pengiran Bala mengakui Sarawak mempunyai banyak peluang namun gagal diterjemahkan kepada jaringan.

 “Pada babak kedua, kita memiliki deretan peluang untuk menjaringkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi kita.

 “Malah, prestasi penjaga gol T-Team banyak menyelamatkan pintu gol mereka daripada dibolosi hasil percubaan pemain-pemain kita,” katanya.

 Selain, beliau berkata percubaan berbahaya Sarawak juga berjaya dipatahkan benteng pertahanan skuad ‘The Titans’ itu.

 Pada perlawanan penuh emosi itu, Sarawak terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam Liga Super musim depan ketika Kelantan bangkit menundukkan Melaka United dengan 3-1 pada aksi terakhir malam kelmarin.

 Ternyata jaringan Alessandro Celin menjadi pemusnah harapan Sarawak apabila menghasilkan dua gol untuk Kelantan dalam tempoh 10 minit berbaki bagi mengeluarkan pasukan Sathit Bensoh itu daripada zon penyingkiran.

  • oleh
  • Advertisement