Anda di sini

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rampangi

Advertisement

KUCHING: Projek Berimpak Tinggi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi dekat sini sudah mulai beroperasi dengan dua orang peserta mencuba projek fertigasi penanaman Cili Kulai.

Pengerusi TKPM Rampangi, Coolplay Nyipa Aji ditemui di kebun beliau hari ini memberitahu Utusan Borneo usaha kerajaan, khususnya Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mempelopori pertanian moden itu tepat pada masanya sesuai dengan ledakan zaman informasi di hujung jari.

“Sudah tiba masanya kita mengajar rakyat mengusahakan pertanian moden di rumah-rumah panjang, dana pembangunan serta projek-projek MRP bolehlah digunakan untuk membina Struktur Perlindungan Hujan (SPH) bagi mengusahakan tanaman bernilai pasaran tinggi secara fertigasi,” cadang beliau.

Munurut Coolplay setiap pokok cili yang ditanam beliau dijangka mengeluarkan sekitar 2.5 kilogram buah semusim dan setiap SPH boleh ditanam sehingga 2,000 pokok cili.

“Saya menyewa dua unit SPH dalam projek ini dan menjangkakan hasil minima yang dituai nanti sekitar 4,000 kilogram atau empat tan,” katanya.

Coolplay juga menunjukkan pokok cili yang sedang disemai beliau berjumlah 8,000 pokok dan dilaksanakan secara saintifik sepenuhnya dengan bimbingan para pegawai Jabatan Pertanian Sarawak.

Bagi seorang graduan Universiti Putra Malaysia, Bong Chee Kian projek ini menjanjikan pendapatan yang lumayan buat beliau.

“Sekilo cili Kulai berharga antara RM15 hingga RM18 sekilo manakala cili padi pula berharga sekitar RM30 sekilogram,” kata Bong.

Pokok cili Bong yang berusia sebulan sudah lebat berbunga, dan dia terseyum lebar berkata sebulan lagi keluarlah hasil titik peluh beliau.

“Saya ada 1,200 pokok di sini dan sebelah sana 800 pokok cili kulai. Saya juga menanam timun,” katanya.

Bong berkata para peserta projek perintis di Rampangi itu sentiasa berhubung rapat dan mereka sering mendapat bimbingan daripada para pegawai jabatan pertanian Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement