Anda di sini

Pertandingan Piala ADUN Tanjong Datu terima tajaan daripada LSC

Advertisement
 Jamilah menerima piala tajaan LSC daripada Raymond sambil disaksikan yang lain.
TAJAAN: Jamilah menerima piala tajaan LSC daripada Raymond sambil disaksikan yang lain.

KUCHING: Pertandingan Bolasepak Lundu 2017 Piala ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu menerima tajaan daripada Lea Sport Centre (LSC) semalam.

Penyerahan tajaan tersebut disempurnakan Pengarah Urusan LSC Raymond Sim kepada Jamilah di kediamannya di Taman Alamanda, Jalan Siol Kanan, Petra Jaya.

Tajaan LSC adalah berupa trofi dan pingat untuk johan, naib johan dan tempat ketiga serta keempat.

Trofi khas juga disediakan untuk anugerah pemain terbaik, pemain harapan, penjaga gol terbaik dan pasukan Fair Play.

Perlawanan bola sepak tertutup khas untuk kawasan Lundu dan Sematan itu telah dimulakan sejak 5 Ogos lalu dengan penyertaan sebanyak 23 pasukan dan dijadual menyaksikan perlawanan akhir pada 21 Oktober ini di Stadium Mini Lundu.

Hadiah wang tunai juga disediakan bagi para pemenang di mana johan akan mendapat RM3,000, naib johan RM2,000, tempat ketiga RM1,000 dan keempat RM500 yang disumbangkan oleh Jamilah.

Advertisement