Anda di sini

Dua calon boleh menang UPP lawat dua klinik

Advertisement

SIBU: Dua calon boleh menang Parti Rakyat Bersatu (UPP) bagi kerusi Parlimen Sibu dan Lanang iaitu Datuk Andrew Wong dan Andrew Ting sambil diiringi pasukan Rancangan Sibu 1.0 (RS1) telah mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Jalan Lanang dan Sibu Jaya, baru-baru ini.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengkaji dan memahami pemeriksaan dan kemudahan perubatan yang terdapat di ke-dua-dua klinik tersebut.

Menurut Wong, setakat yang diketahui, kebanyakan pesakit lebih suka melawat Klinik Kesihatan Jalan Oya walaupun masa menunggu giliran agak lama.

“Oleh itu, kami ingin mengetahui sebab dan mencari penyelesaian yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini dan untuk melihat jenis bantuan yang dapat kami salurkan kepada mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Klinik Kesihatan Sibu Jaya juga akan mengadakan kempen pemeriksaan pap smear dan kesihatan pada 17 November dari  jam 7.30 pagi hingga jam 4 petang.

“Kempen ini akan ditaja oleh RS1 di bawah program Kesihatan Awam,” tambah Wong.

Advertisement