Anda di sini

Nafi rogol bawah umur

Advertisement

Lelaki mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan merogol gadis berusia 14 tahun.

 Tertuduh (dua kanan) dieskot keluar dari mahkamah oleh anggota polis.
DIIKAT JAMIN: Tertuduh (dua kanan) dieskot keluar dari mahkamah oleh anggota polis.

LAWAS: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Lawas semalam atas tiga pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Tertuduh, 29, dari Trusan, Lawas, menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan.

Berdasar pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di antara jam 3 dan 4 pagi sekitar bulan April 2017, di sebuah hotel di sini.

Manakala, di bawah pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama, masing-masing di antara jam 4 dan 5 pagi dan antara 5 dan 6 pagi, juga sekitar bulan April tahun ini pada hari dan tempat yang sama. 

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Idrus Arshad memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes tersebut, memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah. 

Timbalan Pendaftar Mahkamah Mohd Hafizi Abdul Halim yang bertindak sebagai majistret membenarkan permohonan itu dan menetapkan 3 November depan untuk pengurusan kes.

Manakala, tertuduh yang diwakili peguam bela Sam Layar diperintahkan supaya dibebas dengan jaminan tunai RM7,000 berserta dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan sementara menunggu tarikh tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk melapor diri sekali seminggu di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dan dilarang mengganggu mangsa.

  • oleh
  • Advertisement