Anda di sini

Gaduh dengan suami, wanita nekad telan pil

Advertisement
 Mangsa yang terlebih makan ubat tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan.
TERLEBIH UBAT: Mangsa yang terlebih makan ubat tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan.

KUCHING: Angkara perselisihan faham dengan suami, seorang wanita nekad menelan beberapa biji pil dipercayai Panadol di rumahnya di Jalan Dato Mohd Musa dekat sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang berusia 38 tahun bertengkar dengan suaminya atas punca yang belum diketahui sehingga mangsa terus mengunci dirinya di dalam sebuah bilik.

“Wanita (mangsa) terbabit masuk ke bilik dan mengunci pintu dari dalam, sebelum bertindak menelan beberapa biji pil Panadol sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

“Selang beberapa jam, seorang ahli keluarga mangsa yang risau akan keadaan mangsa terpaksa bertindak memecah pintu bilik tersebut dan segera menghubungi ambulans apabila mendapati mangsa masih tidak sedarkan diri,” kata sumber.

 Mangsa cedera ketika membakar sampah di kebunnya di Simunjan dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut.
MELECUR: Mangsa cedera ketika membakar sampah di kebunnya di Simunjan dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut.

Anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian kemudian memberi bantuan kecemasan sebelum mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HUS.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dirujuk ke HUS akibat melecur serta kecederaan di beberapa anggota badan selepas dikatakan disambar api ketika membakar sampah di kebunnya petang kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku di Kampung Mulong Lalang, Simunjan.

“Mangsa terdahulu dikejarkan ke hospital berdekatan oleh keluarganya sebelum dia dirujuk ke HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata sumber.

Mangsa sehingga berita ini ditulis dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HUS.

  • oleh
  • Advertisement