Anda di sini

Rocktober Fest Borneo 2017 meriah

Advertisement

Lebih 5,000 peminat genre rock dari dalam dan luar negara berkumpul

 Persembahan daripada kumpulan Hujan yang menjadi antara kumpulan dinanti-nanti penutup tirai RTBF17 dengan lagu ‘Miri’, ‘Pagi Yang Gelap’ dan ‘Bila Aku Sudah Tiada’ yang turut dinyanyikan bersama oleh para peminatnya.
BERTENAGA: Persembahan daripada kumpulan Hujan yang menjadi antara kumpulan dinanti-nanti penutup tirai RTBF17 dengan lagu ‘Miri’, ‘Pagi Yang Gelap’ dan ‘Bila Aku Sudah Tiada’ yang turut dinyanyikan bersama oleh para peminatnya.
 Suasana Rocktober Fest Borneo 2017 pada 6 dan 7 Oktober lalu.
MERIAH: Suasana Rocktober Fest Borneo 2017 pada 6 dan 7 Oktober lalu.

MIRI: Lebih 5,000 peminat genre rock dari dalam dan luar negara telah berkumpul pada Rocktober Fest Borneo 2017 (RTBF17) yang telah berlangsung di tepi pantai Parkcity Everly Hotel Miri, pada 6 dan 7 Oktober lalu.

RTBF17 merupakan festival muzik rock yang julung kali diadakan di Borneo dan Miri amnya anjuran NorthEastern Group disokong penuh oleh Majlis Bandaraya Miri dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Antara objektif penganjuran adalah untuk menjadi antara mercu tanda yang diiktiraf secara global kepada negeri Sarawak selain sebagai platform kepada bakat-bakat rock tempatan mengetengahkan muzik mereka.

Acara terbabit turut mendapat tajaan dan sokongan daripada Hotlink, JOOX, Uber, Parkcity Everly Hotel Miri, Stubapp, Alice In Borneoland, Marshall Headphones, MOMAwater, The Tuyang Initiative, hitz.fm, EraFM dan TapauTV.

Penganjuran RTBF17 adalah kesinambungan daripada acara kecil yang menggalakkan diadakan oleh pihak penganjur iaitu ‘Alice Live Series’ dengan membawa band-band yang terkenal bagi membuat persembahan di Miri.

Program selama dua hari tersebut telah menampilkan 37 kumpulan rock yang bermula pada 2 petang hingga tengah malam.

Antara kumpulan utama yang dinantikan para peminat ialah Hujan, XPDC, kumpulan rock dari Filipina, Slapshock, Oh Chentaku, OAG, Bunckface, Estranged, Sevencollar T-shirt, Nicestupidplayground, Gerhana SkaCinta, Sekumpulan Orang Gila (SOG), Kyoto Protocol, dan penampilan kumpulan rock tempatan Iban, Masterpiece.

Majlis pelancaran RTBF17 telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Selain persembahan daripada kumpulan rock berkenaan, turut diselitkan dengan aktiviti sampingan seperti jualan makanan tempatan dan pameran alat muzik tradisional.

Terdapat juga ruang ‘TradKulture Jam’ iaitu sesi akustik alunan muzik tradisional Borneo dan ruangan bagi peminat tatu yang ingin membuat tatu atau melihat karya artis tatu tempatan.

 Gaya bertenaga daripada Ammal dan Radhi, dari kumpulan OAG.
BERSEMANGAT: Gaya bertenaga daripada Ammal dan Radhi, dari kumpulan OAG.
 Kumpulan Estranged merakam kenangan bersama para peminat selepas persembahan mereka.
UNTUK ALBUM: Kumpulan Estranged merakam kenangan bersama para peminat selepas persembahan mereka.
  • oleh
  • Advertisement