Anda di sini

Polis tumpaskan sindiket pengedaran pil ekstasi

Advertisement
 Zulkipli menunjukkan salah sebuah kotak bungkusan mengandungi pil ekstasi yang dirampas.
PERANGI DADAH: Zulkipli menunjukkan salah sebuah kotak bungkusan mengandungi pil ekstasi yang dirampas.

BINTULU: Satu sindiket pengedaran pil ekstasi yang dibawa menggunakan bas tumpas dengan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 30-an di Terminal Bas Medan Jaya, jam 5.30 petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Suprintenden Zulkipli Suhaili berkata suspek diberkas bersama 200 pil ekstasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Bintulu di terminal bas terbabit hasil intipan anggotanya.

Penangkapan dilakukan terhadap suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan kaunter tiket bas ekspres sebelum polis melakukan pemeriksaan terhadapnya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Zulkipli berkata, semasa pemeriksaan polis menjumpai dua bungkusan mengandungi 200 biji pil ekstasi seberat 66 gram dengan anggaran nilai RM16,000.

Katanya polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda digunakan suspek termasuk kad bank, kunci kereta serta beberapa barangan lain sebagai bahan bukti kes itu.

Beliau berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu dikenakan tahanan reman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Zulkipli turut memberi amaran bahawa polis terus memperhebat usaha membanteras kegiatan pengedaran serta penyalahgunaan dadah di sini dari semasa ke semasa.

Justeru, masyarakat harus menyalurkan maklumat serta melaporkan ke balai polis berdekatan sekiranya mengetahui sebarang kegiatan penyalahgunaan dadah di sini,” katanya.

 Pil ekstasi seberat 66 gram dianggarkan bernilai RM16,000 berjaya dirampas pasukan JSJN IPD Bintulu.
DIRAMPAS: Pil ekstasi seberat 66 gram dianggarkan bernilai RM16,000 berjaya dirampas pasukan JSJN IPD Bintulu.
Advertisement