Anda di sini

Pengenalan teknologi baharu, ekonomi digital ubah landskap industri Sarawak

Advertisement

KUCHING: Pengenalan tek-nologi baharu dan ekonomi digital bakal mengubah landskap pembangunan industri Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani  berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha membantu semua pemain industri termasuk sektor swasta dalam mempromosikan ekonomi digital.

Beliau berkata, dengan populasi 2.7 juta rakyat Sarawak membabitkan 60 peratus penduduk di kawasan bandar, ia memudahkan lagi usaha kerajaan ke arah itu.

Saya yakin pengenalan tek-nologi baharu dan ekonomi digital ini  mampu berjaya dengan usaha berterusan kerajaan negeri  meliputi semua pemain industri di negeri ini. Justeru, kita harap ia dapat berkembang dengan lebih pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pe-rasmian Forum Perdana Inovasi Sarawak sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak di Kpmpleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Seramai 300 peserta daripada sektor awam dan swasta me-nyertai forum itu yang menjadi platform untuk mereka berkongsi dan memperkenalkan idea baharu bagi merancakkan ekonomi Sarawak.

Dalam pada itu, Morshidi berkata kerajaan kini sedang rancak membangunkan infra-struktur seperti Kampung Digi-tal di seluruh negeri Sarawak dengan kerjasama pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya pihak berkenaan berperanan membantu dalam menyediakan maklumat dan perkhidmatan berkaitan ekonomi digital.

Ini (usaha membangunkan Kampung Digital) adalah permulaan. Bagaimanapun, kita akan bersungguh-sungguh me-nyediakan semua kemudahan dalam usaha mentransformasikan ekonomi Sarawak sekarang kepada ekonomi digital,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Mansor Man, Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri, Jabatan Ketua Menteri Dr Anthony Valentine Laiseh, Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Pe-rancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Sarawak Dr Dusit Jaul dan Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid.

Advertisement