Anda di sini

MoA kajian bina instrumen kesediaan belajar dimeterai

Advertisement

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak hari ini, menandatangani perjanjian (MoA) mengenai Kajian Pembinaan Instrumen Kesediaan Belajar Murid-Murid Pra sekolah Ke Tahun Satu.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kajian itu bertujuan untuk membina satu instrumen Kesediaan Belajar (IKB) sekaligus menilai kesediaan murid-murid prasekolah memulakan pendidikan formal ke tahap seterusnya.

“MoA mengenai kajian ini merupakan kerjasama kementerian kita bersama UiTM yang dijalankan dalam tempoh enam bulan. Setakat ini, laporan kajian pembinaan instrumen untuk fasa pertama itu sudah disempurnakan membabitkan hal komunikasi, nilai dan sikap, ketrampilan, fizikal dan estetika, sains dan matematik dan kemanusiaan.

“Sementara fasa kedua melibatkan pembentukan profil kesediaan murid-murud prasekolah masih dalam proses penyediaan dalam tempoh tiga bulan lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Fatimah berkata, laporan kajian instrumen itu dijangka siap Disember tahun ini dan seterusnya boleh digunapakai pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian pada media selepas mendengar pembentangan Laporan Interim Kajian Pembinaan Instrumen Kesediaan Belajar Murid-Murid Prasekolah ke Tahun Satu di pejabat kementeriannya di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, kajian itu penting bagi menyediakan kesinambungan kepada pendidikan anak-anak khasnya di negeri ini.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof. Datuk Dr. Jamil Hamali dan Setiausaha Tetap Kementerian Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dr Saadiah Abdul Samat.

 Fatimah menyaksikan penyerahan MoA antara Jamil dan Saadiah selepas hadir Pembentangan Laporan Interim Kajin Pembinaan Instrumen Kesediaan Belajar Murid-Murid Prasekolah ke Tahun Satu di Bangunan Baitulmakmur  di Kuching, hari ini.
METERAI: Fatimah menyaksikan penyerahan MoA antara Jamil (dua kiri) dan Saadiah selepas hadir Pembentangan Laporan Interim Kajin Pembinaan Instrumen Kesediaan Belajar Murid-Murid Prasekolah ke Tahun Satu di Bangunan Baitulmakmur di Kuching, hari ini.
  • oleh
  • Advertisement